Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Bakal Kehabisan Stok Ayam Mentah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 3:05PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal kehabisan bekalan ayam mentah sekiranya isu kenaikan harga bahan mentah itu masih gagal ditangani kerajaan.

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata, kerajaan perlu merumuskan mekanisme terbaik pada kadar segera bagi memastikan kenaikan harga itu dapat diselesaikan secara holistik.

Menurut beliau, semua pihak berwajib perlu duduk semeja dalam mencari penyelesaian sebelum situasi menjadi lebih parah.

Jelasnya, perbezaan harga ayam ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan peniaga.

“Bayangkan MAFI menetapkan harga ayam sebanyak RM5.60 bagi ayam ladang tetapi KPDNHEP pula tetapkan RM5.90, perkara ini sebenarnya memberi kesan kepada semua pihak, termasuk peniaga dan penternak.

“Akibatnya peniaga ayam dilanda tekanan hebat apabila terpaksa menanggung peningkatan harga hingga ke tahap tidak masuk akal,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran di sini hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan peningkatan harga ayam sebanyak RM1.60 sekilogram kepada RM10.50 di sesetengah kawasan, sekali gus melebihi harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM8.90.

Keluh Jeffrey, pihaknya ketika ini buntu memikirkan cara untuk mendapatkan bekalan berikutan stok sedia ada tidak mampu memenuhi permintaan pengguna.

“Kita juga bimbang ia akan membawa negara ke arah krisis rantaian makanan yang serius berikutan tiada bekalan utama.

“Ini bukan lagi soal harga ayam yang mahal sahaja tetapi kita semua pula bakal berdepan ketiadaan bekalan ayam.

“Semua ini berikutan kesan daripada peperangan di Ukraine kerana negara tersebut antara yang aktif mengeksport ayam, selain Belarus dan Russia,” katanya.

Jeffrey berkata, isu ini turut dialami oleh Singapura yang bergantung kepada bekalan ayam daripada tiga negara berkenaan.

Menurut beliau, situasi yang dialami bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga semata-mata tetapi turut merugikan perniagaan sehingga terpaksa gulung tikar.

“Setakat ini, sebanyak 48 ladang daging ayam di seluruh negara terpaksa gulung tikar setelah tidak mampu menanggung kerugian.

“Situasi itu juga turut menjejaskan ladang ayam telur apabila 11 ladang di Pulau Pinang terpaksa ditutup berikutan ketiadaan bekalan,” katanya.

Ukraine, Belarus dan Russia merupakan antara negara yang aktif mengeksport bekalan ayam termasuk ke Malaysia dan Singapura. - Getaran, 10 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Pesawat Dari Israel Diserbu Penduduk Dagestan

2

Luar Negara 11 bulan yang lalu

Laporan Krisis Ukraine, Pengangguran Di AS Menang Hadiah Pulitzer

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Waris Mangsa MH17 Akur Keputusan Mahkamah Belanda, Harap Pelaku Dihukum

4

Semasa 1 tahun yang lalu

MH17: Mahkamah Belanda Putuskan 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Bersalah

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 jam yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri