web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JKPPH Kesal Soalan SPM Sesi Ulangan 'Bocor'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 6:18PM

Antara calon SPM yang layak menduduki peperiksaan sejak 5 April hingga 19 Mei depan adalah termasuk mereka yang disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin, serta pelajar yang terjejas akibat banjir. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) meluahkan rasa kesal berhubung dakwaan kebocoran soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bagi sesi ulangan Selasa lalu.

Jurucakap JKPPH berkata, soalan tersebut dikatakan sama seperti yang dijawab calon awal, sekali gus menimbulkan kegusaran berhubung tahap kesiapsiagaan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menguruskan proses pendidikan dan penilaian semasa pandemik.

“Terdapat keluhan meluas dalam kalangan ibu bapa pelajar, perihal adilkah calon SPM sesi ulangan mendapat soalan sama dijawab oleh calon SPM sebelumnya, sedangkan maklumat semua soalan tersebut telah pun tersebar kepada umum dan boleh mendatangkan kelebihan kepada calon SPM ulangan?

“Jika sebelum ini, LPM (Lembaga Peperiksaan) akan menyediakan soalan lain untuk digunakan jika berlaku perubahan secara ad-hoc kepada calon SPM yang tidak boleh mendudukinya seperti jadual biasa, mengapa kaedah sama tidak diguna pakai tahun ini?” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

JKPPH dianggotai Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik selaku pengerusi; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom; Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.

Turut serta dalam jawatankuasa tersebut adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai dan Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar Varatharaju Naidu.

Jelasnya,  beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh LPM dan KPM bagi mengelakkan situasi itu berulang lagi.

“Antaranya LPM harus bersedia menyediakan soalan yang mencukupi pelbagai edisi memandangkan situasi semasa menyebabkan ada calon yang perlu menduduki SPM sesi ulangan.

“Kedua, LPM dan KPM harus memberi jaminan kepada umum adakah soalan yang digunakan merupakan soalan yang sama pada sesi sebelumnya tidak bocor dan masih kekal sulit buat calon ulangan,” katanya.

Katanya lagi, Isu yang timbul itu menyebabkan JKPPH beranggapan KPM khususnya Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin gagal memberi perhatian serius proses pendidikan era pandemik.

“Perkara itu pastinya akan mempengaruhi nasib anak-anak kelak,” katanya.

Antara calon SPM yang layak menduduki peperiksaan sejak 5 April hingga 19 Mei depan termasuk mereka yang disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin, serta pelajar yang terjejas akibat banjir.

Calon SPM pada asalnya dijadualkan menduduki peperiksaan bermula pada 2 Februari hingga 29 Mac lalu.  - Getaran, 9 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek