web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Penyelam Warga Asing Ditemukan Selamat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 11:28AM

Cyril Edward menunjukkan gambar Adrian Peter Chesters (kiri) dan Alexia Alexandra Molina (kanan) yang ditemukan selamat di selatan Pengerang, dekat Kota Tinggi pada sidang media hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Dua daripada tiga penyelam warga asing yang hilang di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu lepas, ditemukan selamat di selatan Pengerang, dekat Kota Tinggi awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Cyril Edward Nuing berkata penyelam warga Britain Adrian Peter Chesters dan warga Perancis Alexia Alexandra Molina dijumpai oleh nelayan tempatan kira-kira pukul 1 pagi, yang memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata mangsa diselamatkan oleh Polis Marin Wilayah Dua dan dibawa ke hospital swasta di Pasir Gudang.

“Kedua-dua mangsa telah dihantar ke darat, kini berada di hospital untuk rawatan lanjut dan mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pangkalan Hadapan Carilamat Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini hari ini.

Mangsa yang masih hilang ialah anak kepada Adrian Peter, Nathen Renze Chesters, 14, warga Belanda.

“Seorang lagi mangsa belum ditemukan dan pihak kami semakin giat dengan usaha mencari dan menyelamat,” katanya.

Cyril bagaimanapun berkata pihaknya sehingga kini tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai kedudukan sebenar dua penyelam itu dijumpai serta keadaan Nathan Renze.

Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata tumpuan operasi pencarian hari ini adalah untuk mencari dan menyelamat remaja itu dan fokus kawasan pencarian diubah ke arah selatan hingga perairan Tanjung Pengelih, Kota Tinggi.

Beliau berkata pihak berkuasa dari Singapura dan Indonesia juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan kerana kita masih tidak dapat kepastian bagaimana keadaan mangsa sekarang.

“Aset di laut dan udara masih sama (digerakkan), pada awalnya hari ini sektor pencarian kita dari timur Desaru hingga Tenggara, jadi kita (ubah) hingga selatan membawa ke Tanjung Pengelih,” katanya.

Beliau pada masa sama berkata pihaknya juga giat membuat hebahan mengenai pencarian seorang lagi penyelam itu kepada kapal-kapal dagang dan bot sekitar.

Dalam kejadian tengah hari Rabu, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, di sini. 

Bagaimanapun, jurulatih selam warga Norway Kristine Grodem, 35, ditemukan selamat dalam keadaan terapung, lengkap berpakaian dengan kelengkapan menyelam oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand pada 8.15 pagi, Khamis lepas. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad