Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Kembali Naik, 66 Kes Serius 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 11:16AM

Jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus COVID-19 kini meningkat kepada 4,307,529 kes. - Gambar fail.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak  14,944 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, meningkat sedikit berbanding 11,994 kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,307,529.

Katanya, jumlah direkodkan itu membabitkan 14,840 kes tempatan dengan 104 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 iaitu tidak bergejala, dengan jumlah 9,341 kes atau bersamaan 62.51 peratus. Sebanyak 5,537 kes pula berada dalam kategori 2 atau bergejala ringan.

“Sebanyak 31 kes iaitu 0.20 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (16) serta kategori 5 (19),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 66 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 11 kes iaitu 16.67  peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 35 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala 20 kes lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 33 kes berumur 60 tahun ke atas, 32 kes mempunyai komorbiditi manakala tiada kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 31 kematian baharu direkodkan semalam dengan enam kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,259 dengan 7,449 daripadanya adalah kes BID.

“Putrajaya mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu enam kes, diikuti Johor (4), Kedah (4), Sarawak (4), Pahang (3), Perak (3), Melaka (2), Selangor (2), Penang (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).

“Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah dan Labuan,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, terdapat pertambahan dua kluster di negara ini.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan hingga kini terdapat 135 kluster yang masih aktif di negara ini. 

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,947 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 206 kes iaitu 79 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 109 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 14,045 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,113,831 kes. - Getaran, 9 April 2022

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

Semasa 7 jam yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

oleh Wartawan Getaran