web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Kembalikan Pasport Ahmad Zahid Untuk Mengerjakan Umrah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 4:25PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kini boleh mengerjakan ibadah umrah selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini, membenarkan permohonannya agar pasportnya dikembalikan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Presiden UMNO itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata pihak pendakwaan tidak menerima arahan bagi membantah permohonan itu.

Beliau seterusnya berkata memandangkan tarikh Ahmad Zahid menunaikan umrah bertembung dengan tarikh perbicaraan pada 26 hingga 28 April, maka hari yang dilapangkan itu perlu diganti dengan tarikh baharu.

Terdahulu, peguam Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik berkata pihak pembelaan berharap pasport anak guamnya itu akan dikeluarkan hari ini kerana dia memerlukannya untuk permohonan visanya.

“Anak guam saya akan berlepas dari 21 April hingga 30 April dan berjanji bahawa pasport akan dikembalikan sebelum 5 Mei,” katanya.

Hakim Sequerah kemudian menetapkan 13 dan 15 April serta 1 Julai sebagai tarikh ganti untuk perbicaraan.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 23-26 Mei, 27-30 Jun, 4-7 Julai, 22, 23, 29 dan 30 Ogos, 19-22 dan 26-29 September, 17-20 dan 31 Oktober, serta 1-3 November, 7-10 November untuk perbicaraan.

Pada 13 April, Ahmad Zahid akan memberi keterangan dalam perbicaraan pembelaannya terhadap 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Pada 24 Januari tahun ini, Hakim Sequerah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap semua pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Pada Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan pemulangan sementara pasportnya  bagi membolehkan beliau menerima rawatan perubatan untuk sakit belakang dan leher daripada pakar terkemuka di Munich, Jerman. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran