web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuba Loloskan Diri, Polis Lepas Tembakan Ke Kenderaan Suspek

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 9:56AM

Kereta Perodua Myvi berwarna merah dengan kesan tembakan telah dirampas oleh polis di kawasan Bandar Sungai Long, Kajang, semalam. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang cuba merempuh tiga anggotanya dalam cubaan melarikan diri daripada ditahan di sekitar Sungai Long, Kajang.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.14 pagi pada Selasa lalu itu, tiga anggota Balai Polis Sungai Long, Kajang sedang melakukan Ronda Cegah Jenayah sebelum melihat sebuah Perodua Myvi dipandu seorang lelaki yang mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, ketiga-tiga anggota terbabit kemudiannya cuba memberhentikan kenderaan suspek untuk menjalankan pemeriksaan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, selepas melihat kehadiran polis, suspek tiba-tiba memecut laju dan memandu melulu untuk meloloskan diri.

“Suspek dikejar sejauh tiga kilometer, sepanjang dikejar, lelaki terbabit beberapa kali cuba menghimpit anggota yang menaiki motosikal berkenaan.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di satu jalan mati, suspek membuat pusingan ‘u’ dan cuba merempuh ketiga-tiga anggota terbabit.

“Akibat merasa nyawa terancam, anggota terbabit melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta dipandu suspek, namun dia tetap berjaya melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, susulan daripada kejadian itu, hasil pemantauan dan pemeriksaan dibuat pihaknya membawa kepada penahanan tiga individu, termasuk seorang wanita di kawasan Bandar Sungai Long, Kajang pada tengah hari semalam.

“Turut dirampas adalah sebuah kereta Perodua Myvi berwarna merah dengan kesan tembakan yang dipercayai terbabit dalam kes ini.

“Semua suspek dibawa ke Mahkamah Kajang untuk mendapatkan perintah reman hari ini dan polis masih mengesan beberapa individu disyaki terbabit dalam kes tersebut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. - Getaran, 8 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 25 minit yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 21 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam