web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Lelaki Tawar Pinjaman Tanpa Lesen Dicekup

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 8:39AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan lima lelaki berumur 18 hingga 24 tahun kerana disyaki terlibat dalam pemberian pinjaman wang tanpa lesen, di sebuah bangunan di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Menerusi Ops Vulture oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya itu, kesemua suspek  ditahan kira-kira 4 petang semalam.

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pengadu bagi kes itu adalah seorang warga tempatan berusia 46 tahun yang merupakan seorang pengarah syarikat swasta.

Katanya pengadu yang mempunyai masalah kewangan dalam membuat pusingan modal perniagaan sebelum ini telah membuat pinjaman dengan beberapa syarikat dalam talian, tanpa menyedari syarikat berkenaan adalah sindiket pemberi pinjaman tidak berlesen.

“Pengadu telah meminjam sebanyak RM96,240 dan telah membuat pembayaran balik sebanyak RM100,895. Pengadu telah didesak dengan pelbagai ugutan supaya membayar balik bayaran pokok sebanyak RM72,000. 

“Pengadu kemudiannya telah dihubungi oleh sindiket yang memperkenalkan diri daripada syarikat pinjaman wang berlesen telah membuat tawaran kepada pengadu untuk melangsaikan bayaran tertunggak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Mohamad Fakhrudin berkata pengadu dalam keadaan terdesak dan takut telah menandatangani satu perjanjian peminjam wang  untuk menyelesaikan pinjaman yang tertunggak dan pengadu perlu membayar balik sebanyak RM120,000.

“Akibat pengadu tidak mampu membayar, suspek telah menghantar orang ke rumah ibu pengadu. Pengadu telah diugut setiap hari oleh sindiket tersebut,” katanya.

Menurutnya semakan mendapati tiga daripada lima suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka direman selama empat hari manakala kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Berlesan 1952. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad