web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Taktik Seludup Mercun Ke Johor Tumpas, Stok Bernilai RM254,616 Dirampas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 5:54PM

Pelbagai jenis mercun bernilai RM254,616 dirampas dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Bukit Kechil, Gunong di Bachok, semalam. - Gambar Ihsan PGA7

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM254,616 yang disembunyikan dalam premis perniagaan percetakan di Bukit Kechil, Gunong di Bachok, semalam.

Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari itu, PGA7 merampas 81 kotak dan 21 guni yang berisi pelbagai jenis mercun.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi berkata, sebelum serbuan, sepasukan pegawai dan anggota PGA7 membuat pemerhatian ke atas sebuah premis perniagaan dipercayai dijadikan stor penyimpanan mercun.

Katanya, ketika pemerhatian dijalankan, pihak polis menahan seorang lelaki tempatan yang mengaku sebagai penyewa premis perniagaan itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam premis berkenaan, pihak polis menemui beberapa kotak dan guni berisi pelbagai jenis mercun bernilai RM254,616.

“Kesemua mercun dirampas dipercayai dibawa masuk dari negara jiran melalui pangkalan haram di sekitar Sungai Golok.

“Bekalan itu diangkut dalam kuantiti kecil dengan menggunakan kereta bagi memudahkan pergerakan dan mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mercun berkenaan akan dipasarkan di Johor dan proses penghantarannya menggunakan lori.

Jelasnya, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - Getaran, 7 April 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

2

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad