Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pesalah Trafik Singapura Dihalang Keluar Malaysia, Tindakan PDRM Sememangnya Dinanti

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 3:03PM

Datuk Mat Kasim Karim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu membabitkan kesalahan trafik dilakukan warga Singapura, terutama tidak mematuhi had laju ketika berada di Malaysia sering hangat diperkatakan dan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat negara ini.

Warga republik berkenaan dianggap seperti tidak menghormati undang-undang lalu lintas negara lain, malah seolah-olah memperlekehkan ‘maruah’ Malaysia.

Sepatutnya, sebagai ‘tetamu’, mereka menunjukkan sikap ‘masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak’, bagi memastikan mereka mengikut adab atau aturan di negara ini.

Lebih membuatkan rakyat Malaysia sakit hati apabila kerajaan didakwa terlalu berlembut dengan tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap individu dari sana jika mereka melakukan kesalahan trafik di negara ini, malah bebas keluar masuk sempadan meskipun ada antaranya mengulangi perbuatan terbabit berulang kali.

Sikap ‘memanjakan’ rakyat Singapura itu sangat berbeza dengan keputusan kerajaan negara berkenaan yang bertindak tegas terhadap penduduk luar sekiranya melakukan kesalahan trafik, dengan tidak membenarkan mereka melepasi sempadan Koswe atau Tambak Johor sehingga kompaun dibayar.

Bagaimanapun, kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini bahawa pesalah trafik warga Singapura boleh dihalang keluar dari negara ini dan boleh ditangkap jika mempunyai saman tertunggak trafik serta saman berstatus waran tangkap, pastinya khabar gembira dan sudah tentu menerima ‘tepukan gemuruh’ rakyat.

Berdasarkan kenyataannya, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, sehingga kini, sebanyak 108,757 saman masih belum dijelaskan daripada 143,427 saman dikeluarkan dari 2016 hingga 2021.

“JSPT ingin mengingatkan kepada semua pesalah trafik warganegara Singapura bahawa mereka boleh dihalang keluar dari negara ini jika mempunyai saman tertunggak sama ada Pol 170A atau Pol 257 berdasarkan di bawah Seksyen 66J Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 24(4) Akta Polis 1967.

“Jika pesalah trafik berkenaan mempunyai saman berstatus waran tangkap, polis akan menangkap pesalah trafik berkenaan dan dituduh di mahkamah dalam tempoh segera.

“Sekiranya dapat dituduh pada hari sama, pesalah trafik berkenaan akan ditahan sekiranya tidak dapat mengemukakan penjamin dalam kalangan warganegara Malaysia, sebelum dituduh keesokkan harinya,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Mat Kasim berkata, pihaknya sentiasa mengadakan Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) bagi mengambil tindakan terhadap pesalah trafik warganegara Singapura, sama ada berskala besar membabitkan semua kontinjen atau sederhana yang dilakukan kontinjen Johor sepanjang tahun.

“Sehubungan itu, saya menyangkal isu saman tertunggak terkait dengan kelemahan penguatkuasaan. Perkara yang turut menyumbang kepada saman tertunggak ini ialah notis saman gagal disampaikan berikutan tidak mempunyai alamat pesalah trafik berkenaan bagi membolehkan saman itu diposkan kepada mereka.

“Selain itu, kemungkinan terdapat kenderaan dikeluarkan saman oleh polis sudah dilupuskan apabila sampai tempohnya, iaitu lima tahun berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan pelaksanaan pendaftaran kenderaan warga negara Singapura oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Sistem Kutipan Caj Jalan (RC) dan Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) yang berkuat kuasa di pintu masuk sempadan negara tidak lama lagi.

Berdasarkan sistem ini, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan maklumat pesalah trafik bagi membolehkan notis saman dapat disampaikan kepada mereka.

Menurut Mat Kasim, sistem itu juga akan mengimbas nombor pendaftaran kenderaan warganegara Singapura yang memasuki sempadan Malaysia dan memaparkan jumlah saman tertunggak.

“Mereka akan dihalang keluar dari negara ini sehingga semua saman mereka dijelaskan berdasarkan peruntukan undang-undang dinyatakan tadi, iaitu Seksyen 24 (4) Akta Polis 1967 dan Seksyen 66J Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Mengulas lanjut, Mat Kasim berkata, JSPT meningkatkan peralatan penguat kuasa yang lebih moden dan berkesan, iaitu dengan menggunakan 40 alat Pengimbas Nombor Pendaftaran Kenderaan (iCOPS) bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan saman berstatus waran tangkap.

Jelasnya, pengimbas itu yang dihubungkan terus kepada pangkalan data dapat mengesan kenderaan hilang atau dilaporkan dicuri, termasuk kenderaan klon.

Bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan pengguna jalan raya, katanya, JSPT turut menggunakan Peralatan Pengesan Had Laju (In-Car Radar).

“In-Car Radar dipasang pada kenderaan peronda bagi menangani kesalahan memandu melebihi had laju ditetapkan dan mengeluarkan saman terhadap pesalah trafik berkenaan pada ketika itu juga,” katanya. - Getaran, 7 April 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Malang Tidak Berbau, 2 Motosikal Jadi Mangsa

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Luar Negara 19 jam yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Politik 1 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad