web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Netizen Beri Idea Kreatif Halang RON95 ‘Dirompak’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 1:47PM

Butang E-Stop boleh ditekan untuk memberhentikan proses pengisian minyak. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Trend ‘curi’ RON95 dalam kalangan pengguna kenderaan dengan nombor plat pendaftaran Singapura terus kecoh diperkatakan di media sosial.

Baru-baru ini, seorang wanita ada berkongsi pengalamannya menegur seorang pemuda negara jiran yang sedang mengisi petrol menggunakan nozel kuning ke sebuah kenderaan jenis Mitsubishi, tapi malangnya tidak diendahkan.

Perkongsian Ika Atikah di Facebook pada Ahad lalu itu, mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan tindakan lelaki tersebut amat biadab dan tidak menghormati undang-undang negara ini.

Sejak gambar insiden ‘curi’ RON95 itu tular, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengarahkan pasukan penguat kuasanya melakukan siasatan dan pemantauan dengan lebih agresif serta ketat.

Malah Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peraturan baharu bagi menangani isu kenderaan asing ‘curi-curi’ mengisi petrol bersubsidi RON95 akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Bagaikan sudah hilang sabar dengan sikap biadap itu, netizen memulakan perang psikologi terhadap individu terbabit.

Seorang pengguna Facebook, Mohd Anshahrizat Aluhar, berkongsi beberapa cara untuk menghalang individu yang mengambil kesempatan memasuki Tambak Johor sebaik sahaja pintu sempadan dibuka semula 1 April lalu untuk mengisi RON95.

Katanya, jika teguran sudah dibuat tetapi tidak diendahkan, orang ramai dinasihatkan untuk memaklumkan perkara itu kepada petugas stesen minyak.

“Jika tidak berhasil, tekan sahaja butang E-STOP berwarna merah yang terdapat di setiap pam. Apabila butang E-STOP ditekan, proses pengisian petrol akan terhenti.

“Malah pihak juruwang akan mendapat amaran di pam tersebut melalui skrin pendaftaran pembelian di kaunter semoga bermanfaat. Tekan bila perlu. #fyp #ron95kitapunya.

“Catat butiran seperti nombor pendaftaran kenderaan, lokasi dan gambar jika ada. Laporkan perkara itu kepada pihak berkuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook sehingga tular hari ini.

Menurut Mohd Anshahrizat, perkongsian tersebut adalah antara langkah awal sepatutnya diambil daripada sekadar merakam perbuatan itu dan kemudian ditularkan di media sosial.

“Kalian semua, posting itu adalah apa tindakan serta-merta yang kita boleh buat. Daripada hanya merakam dan menularkan di media sosial sedangkan dia sudah enjoy dengan RON95.

“Di saat tular, mungkin dia sudah masuk semula ke Singapura. Tindakan kita yang mula-mula nampak perlu ambil tindakan di atas,” katanya.

Majoriti netizen bersetuju dengan idea tersebut, malah ada yang menyarankan agar kerajaan menyediakan pam khas untuk kenderaan warga asing.

“Kerajaan boleh buat undang-undang iaitu arahkan setiap stesen minyak sediakan pam khas RON97 untuk warga asing. Walaupun sekarang kerajaan tetapkan syarat tetapi sukar untuk dikawal,” kata Bonnisburhan Suzana.

Pada masa sama, pengguna Facebook, Abdul Hafiz turut meminta kerajaan supaya mencontohi Brunei yang tegas dalam isu penjualan petrol kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing.

“Tugas pengusaha stesen minyak. Di Brunei memang tak dapat rakyat Malaysia nak isi minyak. Tengok nombor plat pun dah boleh kenal. Kalau yang dekat-dekat sempadan pengusaha boleh jual, tapi mengikut harga tanpa subsidi,” katanya.

Othman Nayan pula mencadangkan agar setiap petugas stesen minyak dibekalkan dengan ‘walkie talkie’ untuk memudahkan urusan pemantauan.

“Stesen minyak kena letak petugas berbekal walkie talkie, jika ada kereta nombor pendaftaran Singapura, petugas boleh hubungi kaunter bayaran. Pam petrol tersebut akan dipantau dari kaunter bayaran,” katanya. - Getaran, 7 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Salur Penjimatan Subsidi Kepada Penyelidikan, Pembangunan Ternakan Ayam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam