web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Op Carilamat 4 Penyelam Warga Asing Hilang Di Mersing Ditangguhkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 8:43AM

Empat penyelam warga asing termasuk seorang remaja dilaporkan hilang ketika membuat latihan di Pulau Tokong Sanggol, semalam. - Gambar ihsan APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Operasi Carilamat empat penyelam warga asing yang dilaporkan hilang di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, tengah hari semalam, ditangguhkan pada 7.30 malam tadi disebabkan faktor penglihatan yang terhad.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata pencarian empat mangsa tersebut akan diteruskan pada 7 pagi esok.

“Operasi hari ini melibatkan keluasan sektor pencarian 21.45 batu nautika persegi,” kata beliau dalam satu kenyataan, malam tadi.

Nurul Hizam berkata cuaca di laut dengan kelajuan angin antara 10 hingga 20 km sejam (km/h) dengan ketinggian ombak setinggi 0.5 meter sehingga 1 meter.

Dalam kejadian tengah hari semalam, seorang remaja lelaki warga Belanda berusia 14 tahun, lelaki warga Britain berusia 46 tahun, wanita warga Perancis berusia 18 tahun dan wanita warga Norway berusia 35 tahun, yang dipercayai jurulatih menyelam, didapati hilang ketika membuat latihan selaman sekitar pulau berkenaan, yang terletak kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing.

Beliau berkata laporan kehilangan tersebut dibuat oleh tekong bot yang membawa penyelam berkenaan apabila mendapati keempat-empat mereka tidak timbul selepas melakukan latihan selaman sekitar 12 tengah hari.

Nurul Hizam berkata Op Carilamat kemudiannya diaktifkan pada 2.45 petang melibatkan aset daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Tinjau Daerah Mersing Dari Udara, Ingatkan Tanggungjawab Jaga Kebersihan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Ibrahim Disambut Lebih 3,000 Rakyat Pada Jamuan Teh Di Mersing

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad