Berita Terkini

10 jam yang lalu: Sukan SEA: Andre Anura Anuar muncul juara acara lompat kijang lelaki, sasaran lima emas sukan olahraga tercapai 13 jam yang lalu: Peningkatan kes COVID-19 ketika adalah dalam jangkaan KKM - Khairy 13 jam yang lalu: Ubat antiviral Paxlovid berkesan merawat COVID-19 - Khairy 14 jam yang lalu: Maybank perkenal pengeluaran tunai ATM tanpa sentuh 14 jam yang lalu: Polis Kelantan tahan warga Thailand, rampas pil Yaba bernilai RM480,000

IKUTI KAMI


Lebih 320,000 Pegawai, Anggota Dan Veteran ATM Terima Bantuan Khas Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 9:28PM

Seramai 120,615 pegawai, anggota ATM yang sedang berkhidmat dan 200,000 veteran ATM bakal menerima bantuan kewangan khas Aidilfitri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 120,615 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berkhidmat serta kira-kira 200,000 veteran ATM akan menerima manfaat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata menerusi Mesyuarat Kabinet hari ini mengesahkan bantuan khas kewangan tersebut merangkumi pegawai dan anggota serta veteran ATM yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sama ada berpencen atau tidak berpencen.

"Bagi veteran ATM yang masih belum berdaftar dengan JHEV, disarankan agar segera melakukan pendaftaran yang membolehkan manfaat bantuan khas kewangan ini dinikmati.

"Kementerian Pertahanan percaya, bantuan khas kewangan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu anggota dan veteran ATM melakukan persiapan menjelang sambutan perayaan pada 1 Syawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ismail Sabri dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Kabinet kerana mengambil kira anggota dan veteran ATM dalam pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini serta bantuan-bantuan lain sebelum ini.

"Ini bukan sahaja menggambarkan keprihatinan terhadap soal kebajikan warga ATM tetapi juga menyerlahkan penghargaan yang tidak berbelah bahagi terhadap jasa serta pengorbanan para anggota dan veteran ATM kepada negara,” katanya.

Semalam, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) dan RM250 kepada pesara kerajaan. - Bernama

Sorotan

1

Awal Ashaari Didakwa Khianat Rosak Palang Pagar Sebuah Perumahan

2

Bijak Bermain Kata, Sajak Teo Wei Sing Tembusi Dunia

3

Bastianini Catat Kemenangan MotoGP Ketiga Di GP Perancis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Usahawan Terkenal Tipu Pelanggan? Didakwa Jual Beg Berjenama Tiruan

oleh Fitri Nizam

Sukan 1 hari yang lalu

Doa Ibu Bapa Iringi Kejayaan Sazzlan Genggam Emas Di Hanoi

oleh Ardyhansah Amat

Semasa 20 jam yang lalu

Harga Tepung Dijangka Melonjak, Peniaga Makanan Tepuk Dahi

oleh Fitri Nizam

Sukan 1 hari yang lalu

Rachel, Khairi Adib Tambah Pungutan Emas Malaysia