web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Kes Mutasi Baharu Varian Omicron XE Setakat Ini - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 3:25PM

Khairy Jamaludin beramah mesra bersama pegawai Kesihatan Negeri Perak ketika mengadakan lawatan kerja di Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Malaysia tidak mencatatkan jangkitan kes mutasi baharu varian Omicron dinamakan XE, yang lebih mudah berjangkit berbanding mana-mana varian COVID-19 setakat ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kementeriannya sedang mengikuti perkembangan dan mengkaji ciri-ciri varian itu yang dilaporkan di negara lain termasuk Thailand bagi mengenal pasti tahap kebolehjangkitan dan keseriusannya kepada pesakit.

“Varian Omicron contohnya lagi tinggi (kesnya) daripada Delta sebab itu kes meningkat tetapi keseriusannya lebih sederhana daripada Delta maka unit rawatan rapi juga tidak penuh seperti dulu.

“Jadi varian baharu ini kita kena tengok daripada negara lain sama ada kebolehjangkitan tinggi atau keseriusan yang tinggi barulah kita ambil langkah-langkah sepatutnya,” katanya pada sidang media selepas melawat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melawat bangunan warisan berusia 138 tahun dan wad Long Covid dan Rehabilitasi yang pertama di Perak di Hospital Batu Gajah sebelum melakukan lawatan ke Makmal Kesihatan Awam Ipoh dan HRPB.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan memberi amaran mengenai satu mutasi baharu varian Omicron dinamakan XE, yang lebih mudah berjangkit berbanding mana-mana varian COVID-19.

WHO menerusi laporan terbarunya berkata varian berkenaan adalah gabungan mutasi hibrid dua versi terdahulu bagi Omicron iaitu BA.1 dan BA.2. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam