web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 ‘Klinik Kecantikan Popular’ Tiada Tauliah Dikendali Warga Asing Diserbu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 9:25PM

Enam wanita warga Vietnam ditahan dalam serbuan. -

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua ‘klinik’ kecantikan tidak bertauliah yang diusahakan warga asing di Johor Bahru, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi Op Estetik, baru-baru ini.

Dalam operasi membabitkan JIM, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Johor Bahru pada 27 Mac lalu itu, enam wanita warga Vietnam ditahan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pemeriksaan mendapati tiga daripada wanita terbabit mempunyai Pas Lawatan Sosial (isteri kepada warga negara), dua memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS pembantu rumah), manakala seorang didapati tinggal lebih masa.

“Modus operandi digunakan kumpulan ini sama seperti rangkaian sindiket di kawasan Lembah Klang yang ditumpaskan sebelum ini.

“Pusat kecantikan terbabit aktif mempromosikan perniagaan di media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook.

“Mereka aktif memuat naik gambar atau video testimoni pelanggan yang sudah berjaya menjalani rawatan kecantikan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas wang tunai sebanyak RM56,300 yang disyaki wang hasil aktiviti perniagaan estetik.

“Selain itu, peralatan estetik yang digunakan untuk aktiviti ini disita dan dirampas pihak KKM,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kes akan disiasat secara lanjut oleh pihak KKM atas mana-mana pelanggaran berkaitan dan semua mereka akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen untuk tindakan susulan,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Dzaimee menegaskan bahawa pihaknya akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan untuk menumpaskan sindiket atau individu yang menjalankan kegiatan seumpama ini, bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya rawatan kecantikan tidak bertauliah.

“Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka yang didapati melanggar kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007,” katanya. - Getaran, 4 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Angkara Tiada Lesen, Remaja Pandu Lawan Arus Selepas Terserempak Polis

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kilang Kitar Semula Tidak Serik Operasi Tanpa Lesen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad