web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hotel, Premis Makanan Tiada Sijil Halal Digesa Tidak Buat Iklan Bufet Ramadan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 4:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengingatkan pengusaha hotel atau premis makanan yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, agar tidak membuat pengiklanan bufet Ramadan menggunakan perkataan yang mengelirukan umat Islam.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata antara perkataan atau frasa yang dilarang digunakan dalam medium pengiklanan mereka ialah bufet Ramadan, iftar Ramadan, jom iftar, cita rasa Ramadan, jom berbuka, set Ramadan, ditanggung halal dan dijamin halal.

Beliau berkata frasa berkenaan dilarang digunakan dalam iklan bufet Ramadan seperti pada risalah, poster, kain rentang papan iklan, media masa atau media sosial.

“Memang bukan satu kewajipan untuk hotel atau premis makanan mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia, tetapi tidak boleh menggunakan frasa yang telah ditetapkan dalam iklan bufet Ramadan mereka kerana ia disifatkan sebagai tindakan memperdayakan pengguna.

“Justeru, JAIM akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), untuk menjalankan pemeriksaan ke atas hotel dan premis makanan di sekitar negeri itu bagi memastikan perkara berkenaan tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Operasi 'Plastik Hitam Bersendawa' di sekitar daerah Melaka Tengah di sini, hari ini.

Setakat ini, katanya hanya 14 hotel di Melaka mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, dan dibenarkan menggunakan frasa tersebut dalam pengiklanan bufet Ramadan mereka.

Menurutnya hotel atau premis makanan yang tidak mempunyai sijil pengesahan tersebut, boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan KPDNHEP.

Dalam perkembangan lain, Che Sukri berkata 80 lokasi di sekitar negeri Melaka melibatkan kedai makanan dan minuman serta premis kosong, dikenal pasti menjadi tumpuan 'geng plastik hitam' untuk membeli atau menikmati makanan.

Beliau berkata untuk itu Pegawai Penguatkuasa Agama JAIM akan meningkatkan operasi penguatkuasaan, termasuk menerusi kaedah penyamaran bagi mengesan kaki ponteng puasa yang makan atau membeli makanan secara terbuka.

“Selain itu, kita juga mempunyai cabaran baharu untuk mengesan ‘geng plastik hitam’ ini, kerana kini mereka boleh membeli makanan menerusi penghantaran seperti Grab Food dan Food Panda. Justeru, penghantar makanan yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti ponteng puasa boleh menyalurkannya kepada JAIM,” katanya.

Che Sukri berkata peniaga juga diingatkan tidak menjual makanan atau minuman kepada orang Islam yang tidak berpuasa di negeri ini, dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Katanya tindakan di bawah seksyen sama juga boleh dikenakan pada kaki ponteng puasa kerana makan, minum dan membeli makanan secara terbuka, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan pertama. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad