web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Nafi Enggan Terima Laporan Pengusaha Kedai Kek

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 5:47PM

ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Petaling Jaya menafikan dakwaan bahawa pihaknya enggan menerima laporan yang dibuat oleh seorang pengusaha kedai kek berhubung penipuan resit bayaran seperti yang tular sejak dua hari lalu.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek utama kes iaitu seorang wanita sudah pun ditahan pada 10 Februari lalu.

Bagaimanapun katanya, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pegawai atau anggota yang enggan menerima laporan di seluruh daerah pentadbirannya.

“Berhubung kes tersebut, polis mengesahkan menerima laporan daripada mangsa pada 3 Februari lalu dan polis juga sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Kejadian dilaporkan berlaku sekitar November 2021 sehingga Februari tahun ini dan mangsa tidak pernah membuat pengesahan bayaran setiap kali tempahan dibuat.

“Mangsa hanya menyedari sudah ditipu apabila suspek membuat tempahan pada kali ke 12,” katanya hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan berhubung kes terbabit masih lagi dijalankan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Kelmarin, tular di Twitter apabila seorang pengusaha kedai kek @MegatAD membuat ciapan panjang berhubung kejadian membabitkan seorang pelanggan wanitanya yang tidak sekali pun membuat bayaran terhadap tempahan kek dibuat.

Pengusaha berkenaan berkata, wanita tersebut dipercayai mengubah suai gambar resit sebelum diberikan sebagai bukti bayaran.

“Pelanggan ini tempah kek 11 kali. Ada macam-macam jenis kek dia tempah. Ready Made Cake, Custom Cake, Pull Money Cake, Pinata Cake. Jumlah keseluruhan hampir RM15,000 kena scam daripada dia seorang saja.

“Dia nak duit dalam kek itu dan bukan nak kek,” ciapnya di Twitter. - Getaran, 2 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

2

Semasa 15 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Video & Galeri 16 jam yang lalu

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

4

Semasa 2 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran