Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Indonesia Tolak Cadangan Malaysia Martabat Bahasa Melayu?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 6:07PM

Ciapan TSDMujeebudeen mengenai Bahasa Melayu di Indonesia telah mencetuskan kekecohan di media sosial.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umum mengetahui bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu memartabatkan Bahasa Melayu ke pentas dunia.

Usaha itu dapat dilihat menerusi kesungguhan beliau menggunakan Bahasa Melayu semasa lawatan rasminya ke Indonesia, Brunei, Kemboja, Thailand dan Vietnam, baru-baru ini.

Semasa sesi soal jawab di Dewan Negara pada 23 Mac lalu, Ismail Sabri berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin ASEAN untuk mencadangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di rantau berkenaan.

Katanya, selain Malaysia, beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina dan di sebahagian Kemboja turut menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, di Jakarta, hari ini. - Gambar dari Facebook Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, di Jakarta, hari ini. - Gambar dari Facebook Ismail Sabri Yaakob

Malah, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut memaklumkan, Perdana Menteri akan menggunakan bahasa ibunda itu secara rasmi untuk berucap dalam dua persidangan antarabangsa dijadual berlangsung hujung tahun ini.

Begitupun, timbul ura-ura bahawa negara jiran, Indonesia tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Perkara itu dibangkitkan seorang pengguna Twitter, TSDMujeebudeen yang mendakwa Indonesia membantah usaha Malaysia untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN pada 29 Mac lalu.

Dakwanya lagi, cadangan tersebut ditolak kerana jumlah penutur Bahasa Indonesia jauh lebih ramai daripada Bahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, individu terbabit turut membandingkan seramai 279 juta penduduk di Indonesia dengan hanya 5.5 juta populasi orang Melayu di Indonesia.

Ciapan itu kecoh diperkatakan di media sosial dan menimbulkan kecaman dalam kalangan netizen kerana cuba melaga-lagakan kedua-dua negara.

Menurut pengguna Twitter Artha Prafana, Malaysia mempunyai hak untuk mengusulkan penggunaan bahasa tersebut kepada rakan ASEAN.

“Malaysia berhak mengusulkan Bahasa Melayu, namanya juga usulan. Walaupun hampir pasti sebahagian besar negara ASEAN tidak setuju, yang penting kita bersaudara.

“Tak perlu ribut-ribut dululah. Lagian untuk apa jadi yang kedua, kalau tetap ada orang ketiga,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna Twitter Indyulita tidak menafikan Bahasa Melayu digunakan secara meluas suatu ketika dulu.

Namun katanya, tidak ramai rakyat Malaysia boleh bertutur dalam bahasa ibunda itu hari ini dan kebanyakannya lebih gemar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

“Mengikut sejarah, ya Bahasa Melayu adalah bahasa yang digunakan secara meluas pada zaman pertengahan. Tetapi kini tidak semua rakyat Malaysia fasih berbahasa Melayu, Bahasa Inggeris adalah bahasa utama anda.

“Walaupun bahasa kita berasal dari akar yang sama, bezanya semua rakyat Indonesia berbahasa Indonesia,” katanya.

Seorang pengguna Twitter, Jaz Jedi turut mempersoalkan kesahihan perkara itu kerana belum ada kenyataan rasmi daripada Indonesia.

“Tan Sri palsu Twitter yang dapat pingat dari Sultan entah mana-mana ni sibuk nak melaga-lagakan orang.

“Tak ada kenyataan rasmi pun kata Indonesia tolak, cuma pandangan daripada Ketua Agensi Bahasa kat sana sahaja. Itu pun dia akui Bahasa Melayu adalah bahasa asal kepada Bahasa Indonesia,” katanya.

https://www.detik.com/edu/detikpedia/d-6000297/5-perbedaan-bahasa-melayu-dan-bahasa-indonesia-dari-penutur-hingga-status

Terdahulu menerusi laporan portal Indonesia detik.com, Kepala Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Kemendikbudristek Prof Endang Aminudin Aziz mengulas mengenai cadangan tersebut.

Dalam wawancara tersebut, beliau mengiktiraf kewujudan Bahasa Melayu di Indonesia tetapi bahasa tersebut hanya digunakan sebagai bahasa daerah, bukannya bahasa kebangsaan.

Namun beliau tidak menyebut bahawa negara itu menolak usaha Malaysia untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di ASEAN.

Sementara itu, Ismail Sabri berada di Jakarta hari ini bagi memulakan lawatan kerja singkat.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada jam 8 pagi waktu Malaysia.

Beliau dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, seterusnya menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman berhubung penggajian dan perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (MoU PDI). - Getaran, 1 April 2022

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Semasa 16 jam yang lalu

Pesawat Ringan Terhempas, 2 Terselamat

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

oleh Wartawan Getaran