web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pintu Negara Dibuka, ESSCOM Rangka Tindakan Perkasa Sempadan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 5:02PM

Hamzah (depan) bergambar bersama warga ESSCOM sempena Majlis Ulang Tahun ESSCOM ke-9 di Dewan Serbaguna Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) merangka tindakan bagi memperkasakan sempadan darat dan laut Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) untuk mendepani cabaran, termasuk pembukaan pintu masuk negara.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pembukaan semula sempadan dan peralihan ke fasa endemik bermula pada 1 April, dikhuatiri menyebabkan aktiviti jenayah rentas negara meningkat, berbanding semasa pintu masuk Malaysia ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hamzah berkata, pihaknya khuatir aktiviti kumpulan culik untuk tebusan (KFR) akan kembali aktif dan mengambil kesempatan di atas aktiviti pelancongan di Pantai Timur Sabah yang dijangka kembali rancak serta menarik ramai kehadiran pelancong luar.

Katanya, faktor pilihan raya umum Filipina yang bakal diadakan pada Mei depan, turut memberi cabaran kepada ESSCOM memandangkan pihaknya menjangkakan peningkatan pergerakan pergi dan balik membabitkan warga negara berkenaan di Sabah.

“Pergerakan ini perlulah diberikan perhatian serius memandangkan terdapat kemungkinan wujud anasir berkepentingan turut sama keluar dan masuk ke Sabah.

“Sehubungan kemungkinan ini, ESSCOM akan meneruskan pelaksanaan OP Cegah Pendatang Asing Tanpa Izin atau PATI (OCP) Perairan dan Daratan sehingga kerajaan memutuskan bahawa negara bebas daripada COVID-19.

“Ia memandangkan operasi ini mampu mengawal pergerakan manusia dan bot keluar masuk sempadan dari negara jiran serta mengekang pergerakan kumpulan KFR, Abu Sayyaf dan aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Sempena Hari Ulang Tahun ESSCOM Ke-9 di Dewan Serbaguna Markas Operasi Pasukan Polis Marin hari ini.

Menurut Hamzah, OP Gasak Laut dan Darat juga direncanakan secara berjadual dan terancang bersama agensi keselamatan di ESSZONE, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Jelasnya, kawalan keselamatan di daratan melalui ‘Road Check Point’ (RCP) Sapi Nangoh dan Kalabakan akan terus diperkasakan serta diletakkan di bawah Op Taring Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah.

Dalam pada itu, Hamzah berkata sepanjang tahun 2021, ESSCOM yang dipertanggungjawabkan untuk mengkoordinasikan pengoperasian dan pengawalan kawasan keselamatan merangkumi 10 daerah di Pantai Timur Sabah, menumpaskan sel kumpulan Abu Sayyaf di kawasan berkenaan.

Usaha itu, katanya, dilaksanakan melalui Operasi Khas Bersepadu (OBK) dengan kerjasama pasukan keselamatan ESSZONE dan hasil perkongsian maklumat daripada pasukan keselamatan Filipina.

Pada masa sama, Hamzah berkata, ESSCOM sudah mencatatkan penurunan kes penculikan di ESSZONE dan merampas sebanyak 393 bot, selain menahan 154 individu atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi dilaksanakan pihaknya.

“Seramai 1,047 PATI dan 119 bot dikenakan tindakan pengusiran dan ESSCOM turut merampas pelbagai barangan membabitkan nilai keseluruhan RM5.95 juta.

“Rampasan ini melibatkan kes dadah bernilai RM3.339 juta, rokok dan barang kawalan (RM1.378 juta) dan rampasan membabitkan barangan dibawa PATI (RM1.232 juta),” tambahnya. – Getaran, 1 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad