web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Hina Pelajar, Perlekeh B40, Pensyarah Direhatkan Daripada Tugas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 3:51PM

Tangkap layar dari video di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil keputusan merehatkan pensyarah yang dirakam mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap pelajar tidak memiliki komputer riba dan memperlekeh golongan B40, Profesor Dr Roshana Takim daripada tugas pengajar mulai hari ini.

Jabatan Komunikasi UiTM menerusi kenyataan memaklumkan, keputusan itu dikenakan sehingga siasatan lengkap dilaksanakan pihak universiti awam (UA) berkenaan.

“UiTM menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang diadakan pada 31 Mac 2022 membuat keputusan untuk merehatkan Profesor Dr Roshana Takim daripada tugasan pengajaran mulai 1 April 2022 sehingga siasatan lengkap dilaksanakan UiTM.

“Keputusan ini dibuat adalah bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur,” menurut kenyataan itu.

Pihak universiti berkenaan, katanya, memandang serius tindakan mana-mana pihak menyebarkan maklumat sulit secara sengaja ataupun tidak yang boleh menjejaskan imej dan nama baik universiti, selain menggugat keselamatan warganya.

Jelasnya, UiTM juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak berkongsi hantaran mengelirukan. 

Menurut kenyataan sama, UiTM sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejahteraan warga akademik serta pelajarnya.

“Dalam konteks ini, UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian.

“Penilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO-PENS) yang dibuat secara rawak setiap semester juga boleh menjadi elemen tambahan dalam proses kenaikan pangkat serta pelanjutan kontrak perkhidmatan,” katanya. – Getaran, 1 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek