web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sempadan Negara Dibuka, Pintu Masuk Utara Lengang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 1:33PM

Keadaan lengang di pintu masuk Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, pagi tadi. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT KAYU HITAM - Berbeza dengan suasana di Tambak Johor yang meriah dengan kepulangan beramai-ramai rakyat Malaysia ke tanah air sebaik sempadan negara dibuka tepat jam 12 tengah malam tadi, keadaan di pintu masuk Malaysia - Thailand di sini, cukup lengang.

Data dikongsikan Timbalan Pengarah Imigresen Negeri, Ketua Penolong Pengarah Rosmaliza Mohamed Rashid memaklumkan, hanya kira-kira 10 individu dari Thailand memasuki Malaysia setakat 10 pagi ini.

Manakala, individu dari Malaysia ke negara berkenaan menyaksikan tidak lebih 20 orang, selepas sempadan dibuka bermula 6 pagi ini . 

Keadaan di pintu masuk ke sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam. - Gambar Alif Omar
Keadaan di pintu masuk ke sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam. - Gambar Alif Omar
Siti Zubaidah memeluk anaknya, Noor Asyikin Bunnawi selepas terpisah selama beberapa bulan. - Gambar Alif Omar
Siti Zubaidah memeluk anaknya, Noor Asyikin Bunnawi selepas terpisah selama beberapa bulan. - Gambar Alif Omar

Namun, keadaan itu tetap menarik perhatian susulan pertemuan semula seorang ibu yang berasal dari Thailand, Siti Zubaidah Acara Abdullah, 62, dengan anaknya, Noor Asyikin Bunnawi, 31, yang menangis berpelukan kerana terlalu rindu selepas terpisah beberapa bulan. 

Noor Asyikin berkata, dia terlalu merindui Siti Zubaidah selepas ibunya yang pulang ke kampung halaman di Trang, Thailand bersama ibu saudara, Pawana Che Wa Abdullah pada Oktober lalu kerana neneknya meninggal dunia, terkandas di negara gajah putih berkenaan selepas sempadan Malaysia ditutup. 

“Selama ini, ibu memang tinggal dengan saya di Shah Alam dan kami tak pernah terpisah lama. Hanya selepas sebulan ibu balik ke Thailand, saya terlalu rindukan ibu memandangkan kami hanya boleh berhubung melalui telefon. 

“Kami mencuba pelbagai cara untuk membolehkan ibu pulang ke Malaysia tetapi tidak berjaya. Justeru, apabila pintu sempadan dibuka hari ini, kami cukup gembira kerana dapat kembali bertemu dan urusan kepulangan juga cukup mudah,” katanya ketika ditemui media di pintu sempadan tanah air, hari ini. 

Mengulas lanjut, Noor Asyikin berkata, selama ini dia cukup bimbang dengan kesihatan ibunya yang terpaksa menunda pemeriksaan tiga kali di Institut Jantung Negara (IJN) kerana tidak dapat pulang ke tanah air. 

“Disebabkan terlalu teruja untuk bertemu ibu, saya tak mampu lelap sejak semalam kerana bimbang jika ibu tidak dapat melepasi sempadan untuk kembali ke Malaysia. 

“Saya sebenarnya bekerja sebagai jururawat di Hospital Shah Alam dan baru habis bekerja, malam tadi. Selepas tamat waktu kerja, saya terus bertolak ke sini untuk menyambut ketibaan ibu,” katanya. 

Siti Zubaidah Acara Abdullah
Siti Zubaidah Acara Abdullah

Sementara itu Siti Zubaidah berkata, sepanjang berada di Thailand, dia sememangnya ternanti-nanti berita gembira daripada kerajaan untuk pembukaan pintu sempadan negara kerana terlalu merindui tiga anak dan lima cucunya di sini. 

“Rasanya terlalu lama kami terpisah. Apabila dapat tahu saja pintu sempadan akan dibuka hari ini, saya sudah buat persiapan lengkap untuk pastikan saya dapat kembali ke Malaysia hari ini juga untuk bertemu dengan anak-anak. 

“Selain itu, ada juga saya bawa barangan untuk anak dan cucu seperti baju serta mainan,” katanya. – Getaran, 1 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad