web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kematian Kanak-Kanak 11 Tahun Akibat Dibelasah, Remaja Didakwa 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 12:01PM

Remaja yang berusia 16 tahun ini (dua dari kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini atas dakwaan membunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pada 20 Mac lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Suspek kes bunuh kanak-kanak berusia 11 tahun di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin dekat Sungai Soi, di sini pada 20 Mac lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini.

Tertuduh berusia 16 tahun itu didakwa atas tuduhan membunuh di hadapan Majistret Ainis Abu Hassan Shaari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja itu didakwa melakukan kesalahan terbabit antara jam 3.45 petang hingga jam 4.15 petang di Surau Ad-Nadwah, Kompleks Cempaka Permata Camar, Jalan Pantai Sepat di daerah ini. 

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan selesai dibacakan. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhlin Hani Khairon, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Mohd Najid Husain.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia dipercayai akibat dibelasah pelajar senior di bangunan surau asrama berkenaan. 

Mangsa dipercayai disepak, dicekik dan dihempas ke lantai oleh suspek sehingga tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dalam sidang media pada 25 Mac lalu memaklumkan, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan hentakan di kepala. – Getaran, 1 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi