Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rindu Terlerai Akhirnya, Rakyat Malaysia Di Singapura Pulang Jua

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 9:06AM

Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, diraikan selepas melintasi sempadan Singapura-Malaysia di pintu masuk negara di CIQ, Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, tengah malam tadi. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua tahun memendam rindu, ribuan rakyat Malaysia akhirnya mampu mengukir senyuman indah, selepas kembali memijakkan kaki ke tanah air apabila sempadan menghubungkan negara ini dan Singapura dibuka tepat tengah malam tadi.

Dua tahun ditutup akibat serangan menggila pandemik COVID-19, nyata kerinduan tersebut bukan hanya bersarang di jiwa rakyat tempatan, malah turut bermukim di hati penduduk Kota Singa itu yang terputus hubungan dengan sanak saudara di Malaysia.

Suresh bersama dua anaknya sebaik tiba dari Singapura, tengah malam tadi.
Suresh bersama dua anaknya sebaik tiba dari Singapura, tengah malam tadi.

Seorang bapa tunggal, Suresh Rau, 49, berkata, kehidupan selama dua tahun di Singapura dengan kos sara hidup yang sangat tinggi menyebabkan dia tidak sabar untuk pulang ke Malaysia.

Suresh, individu pertama melepasi sempadan negara dengan berjalan kaki berkata, dia mahu meluangkan masa sebanyak mungkin bersama tiga anaknya yang setia menanti kepulangannya selama ini.

"Kehidupan kita di sana, memang kos sara hidup sangat tinggi. Dua tahun di sana, kita dah belanja terlalu banyak wang. Tetapi, ada majikan yang sangat baik dan sangat memberi sokongan kepada saya.

"Esok, saya akan luangkan masa dengan anak-anak. Sudah lama tidak bertemu dan mahu bawa mereka jalan-jalan," katanya.

Pegawai sumber manusia di Singapura itu ditemui sebaik melepasi pintu masuk negara di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, tengah malam tadi.

Beliau yang tinggal di Damansara Alif tidak henti-henti menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Singapura yang akhirnya membuat keputusan terbaik untuk rakyat mereka.

Fajrul Rizal Abu Bakar
Fajrul Rizal Abu Bakar

Turut berjalan kaki dari republik itu ialah Fajrul Rizal Abu Bakar, 28, yang berkata, dia antara kumpulan pertama terkandas di Singapura tanpa persediaan rapi ketika pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat dan pintu sempadan ditutup. 

Pemuda itu pada waktu tersebut sudah berada di Singapura dan sedang bekerja, menyebabkannya terus tersadai umpama gelandangan tanpa tempat tinggal bersama rakan-rakan lain.

"Saya sudah dua tahun tidak pulang. Perasaan memang tidak boleh nak gambarkan. Bila dapat berita (pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan), saya dah berada di Singapura sedang bekerja, nak balik tak boleh kerana sempadan akan tutup tengah malam itu.

"Saya sangat sebak hari ini, penantian yang sangat lama sudah berakhir,” kata anak jati Pasir Gudang itu.

Apa yang menarik, Fajrul Rizal sepanjang perjalanan pulang ke tanah air tengah malam tadi sempat membuat penstriman langsung di akaun media sosial miliknya bagi memberi gambaran sebenar kepada ribuan rakyat Malaysia yang masih berada di Singapura.

Kata pemuda itu, masih ramai pekerja Malaysia di Singapura teragak-agak untuk pulang kerana bimbang dengan prosedur operasi standard (SOP) dikenakan.

Rosnah bersama abangnya akan pulang ke Muar untuk bertemu ahli keluarga yang lain.
Rosnah bersama abangnya akan pulang ke Muar untuk bertemu ahli keluarga yang lain.

Sementara itu, seorang rakyat Singapura, Rosnah Din, 62, sebak apabila akhirnya dapat bertemu semula ahli keluarganya di Bukit Pasir, Muar selepas kali terakhir berbuat demikian pada Aidilfitri 2019.

Dia yang pulang bersama abangnya memberitahu, selain merindui adik beradik, anak saudara dan saudara mara lain di daerah itu, dia rindukan suasana di Johor yang tidak dapat dirasai di Singapura.

Bercadang untuk menyambut Ramadan di Muar, Rosnah berkata, perkara paling menyedihkan ketika sempadan negara ditutup  ialah apabila tiga saudaranya meninggal dunia di Singapura dan ahli keluarga di Malaysia tidak dapat menziarahi mereka.

"Saya rindu suasana dan adik-beradik saya, jadi bila kita bertemu nanti, dapat melepaskan rindu sebab dah tiga tahun tak berjumpa.

“Selama ini kita tanya khabar, tengok gambar, paling sedih bila ada kematian. Saya kehilangan tiga ahli keluarga di Singapura dan keluarga kami di Malaysia tidak dapat datang," katanya, sebak.

M Murugan
M Murugan

Seorang lagi rakyat Singapura, M Murugan, 39, berkata, dia sudah siap berkemas dan mẹmbuat persiapan untuk pulang ke Johor sejak seminggu lalu untuk bertemu isteri dan tiga orang anaknya yang berusia empat hingga sembilan tahun.

Katanya, dia banyak terlepas saat indah anaknya membesar selepas dua tahun tidak pulang ke pangkuan keluarga di Kempas disebabkan tuntutan kerja.

"Apabila saya mendapat tahu pembukaan sempadan membabitkan kedua-dua negara, saya merasa sangat gembira kerana boleh bekerja seperti sedia kala dengan berulang alik ke Kota Singa.

"Saya akan gunakan peluang ini untuk meluangkan masa bersama anak-anak kerana mengambil cuti selama seminggu. Selepas itu, akan pulang semula ke Singapura," katanya. 

Terdahulu, kedua-dua negara mengumumkan pembukaan sempadan secara serentak bermula hari ini dan semua pengembara yang lengkap divaksinasi dibenarkan merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau saringan COVID-19, termasuk ujian pra pelepasan dan semasa ketibaan. - Getaran, 1 April 2022

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 jam yang lalu

Peserta Gaza Freedom Flotilla Dari Malaysia Tiba Di Istanbul

Semasa 1 hari yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Permohonan Najib Mulakan Semakan Kehakiman Cabar Kewujudan Titah Adendum 5 Jun