web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


31 Ekor Penyu Mati Dalam Masa 3 Bulan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 8:57AM

Antara penyu yang ditemui mati dan terdampar di pantai, yang dirakam di beberapa kawasan pantai di Terengganu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Jabatan Perikanan Negeri Terengganu merekodkan 31 kes kematian penyu sejak Januari hingga Mac tahun ini.

Pengarahnya Ruzaidi Mamat berkata jumlah kematian agak tinggi itu antara lain disebabkan ombak kuat pada musim tengkujuh yang menyukarkan reptilia tersebut untuk naik ke permukaan air bagi mendapatkan udara.

“Faktor kedua adalah disebabkan aktiviti pukat tunda tidak menepati syarat ditetapkan iaitu tiada pemasangan alat Peranti Penyisih Penyu (TED). Pemasangan TED amat penting bagi memudahkan penyu yang terperangkap di dalam pukat untuk keluar.

“Penangkapan ikan menggunakan pukat pari atau pukat tangsi bersaiz mata pukat 10 inci ke atas juga menjadi punca kematian haiwan tersebut. Penggunaan pukat pari seumpama itu telah diharamkan di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kesedaran Penyu Negeri Terengganu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, di sini.

Ruzaidi Mamat - Gambar Bernama
Ruzaidi Mamat - Gambar Bernama

Selain itu, katanya pembuangan sampah oleh orang awam ke dalam sungai dan laut turut menjadi ancaman kepada hidupan laut itu yang termakan plastik kerana menganggap ia adalah obor-obor.

Beliau berkata pelbagai langkah telah diambil bagi mengatasi isu kematian penyu antaranya menjalankan ‘Ops Penyu’ dan pihak jabatan berjaya menahan tiga bot Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) yang tidak menggunakan TED.

Menurut rekod, jabatan tersebut juga telah merampas 37 pukat pari dalam operasi dijalankan di pesisir pantai di Terengganu pada awal Mac lepas.

Sementara itu katanya, sebanyak RM400,000 diperlukan daripada kerajaan negeri bagi melaksanakan program pengurusan seperti bayaran upah kepada pekerja pengurusan penyu dan pembelian telur penyu daripada pemajak di Terengganu.

Kerajaan pusat pula katanya, telah memperuntukkan RM170,000 untuk pengurusan penyu dan pembaikan tempat penetasan penyu di negeri ini pada tahun ini.

Ruzaidi berkata Bulan Kesedaran Penyu yang berlangsung kini diadakan bertujuan memberi hebahan dan kesedaran kepada orang ramai dalam menjaga haiwan reptilia yang menjadi ikon pelancongan Terengganu itu.

Ia juga diadakan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai Enakmen Penyu 1951 (pindaan 2021) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada November tahun lepas, yang antaranya melarang penjualan telur penyu untuk semua spesies mulai 1 Jun ini.

“Kita juga akan adakan aktiviti gotong-royong pembersihan pantai bersama penduduk kampung dan pengunjung serta NGO (pertubuhan bukan kerajaan) bagi membersihkan sampah hanyut selepas musim tengkujuh yang boleh mengganggu pendaratan penyu,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad