web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Secara Rasmi Sertai Triti Budapest Dan Marrakesh

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 8:33AM

Alexander Nanta Linggi melihat ruang pameran selepas majlis pelancaran Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 di Menara UOA, Kuala Lumpur, pada Januari lalu. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia secara rasmi menyertai Triti Budapest dan Triti Marrakesh yang ditadbir Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), seterusnya menjadi ahli dan mematuhi peruntukan kedua-dua perjanjian itu.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, Malaysia mendepositkan instrumen penyertaan ‘Budapest Treaty on the International Recognition of the Deposit of Microorganisms for the Purposes of Patent Procedure (Triti Budapest)’ dan juga ‘Marrakesh Treaty To Facilitate Access To Published Works For Persons Who Are Blind, Visually Impaired Or Otherwise Print Disabled (Triti Marrakesh)’ di ibu pejabat WIPO di Geneva, hari ini.

MyIPO memaklumkan dokumen itu ditandatangani Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan diserahkan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad kepada Ketua Pengarah WIPO Darren Tang.

“Penyertaan Malaysia dalam Triti Budapest, akan membolehkan pengiktirafan simpanan mikroorganisma bagi tujuan prosedur paten.

“Melalui triti ini pemohon paten hanya perlu menyimpan sampel mikroorganisma di International Depositary Authority (IDA) sahaja dan ini akan mengelakkan pengulangan prosedur penyimpanan di pelbagai negara, apabila pemohon memfailkan permohonan paten di pelbagai negara ahli Triti Budapest,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, penyertaan Malaysia sebagai anggota Triti Marrakesh, akan menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi negara dengan memberi pengecualian daripada mendapatkan kebenaran pemunya hak cipta, untuk membuat dan mengedarkan bahan bacaan dalam format boleh akses bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.

MyIPO berkata penyertaan ini, akan memberikan akses lebih luas kepada kira-kira 51,323 OKU penglihatan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, terhadap bahan bacaan dalam format boleh akses. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad