web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengendali Feri Di Terminal Feri Desaru Coast Tunggu Kelulusan Terakhir Dari MPA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 5:19PM

Sultan Ibrahim merasmikan Terminal Feri Desaru Coast. - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR PENAWAR - Pengendali perkhidmatan feri di Terminal Feri Desaru Coast masih menunggu kelulusan terakhir daripada Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) Singapura, sebelum dapat memulakan operasinya.

Pengurus Besar Operasi Batam Fast Perry Pte Ltd Chua Choon Leng berkata Desaru Link Ferry Services Pte Ltd bagaimanapun tidak menetapkan jangkaan, bila operasi pertama feri akan bermula.

Desaru Link Ferry Services merupakan anak syarikat Batam Fast, yang dilantik Desaru Coast, sebagai pengendali perkhidmatan feri di terminal feri berkenaan.

“Kami berharap kelulusan akan diberikan secepat mungkin, namun sekali lagi ia melibatkan dua negara dan pelbagai agensi, jadi ia melibatkan pelbagai penilaian.

“Jadi sehingga masa itu, sebaik kita menerima kelulusan, kita tentunya akan membuat pengumuman kepada semua pihak,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian teminal tersebut di Desaru di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Development Holdings One Sdn Bhd Roslina Arbak.

Terminal Feri Desaru Coast, yang akan menjadi pintu sempadan antarabangsa ke-16 di Johor, akan mempunyai perkhidmatan feri penumpang menghubungkan terminal berkenaan dengan Terminal Feri Tanah Merah, Singapura.

Terminal itu dijangka menyediakan dua perjalanan pergi dan balik pada hujung minggu, manakala satu perjalanan pergi dan balik pada hari biasa.

Ia juga mampu menampung 300 penumpang pada bila-bila masa.

Terdahulu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan merasmikan terminal feri berkenaan, yang dilihat bakal memacu pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi Johor Tenggara.

Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

KDN Tumpu Selesai Permohonan Kewarganegaraan Kategori Anak Angkat

2

Semasa 3 tahun yang lalu

KDN Lulus 380,000 Permohonan Pekerja Asing - Saifuddin

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Pendaftaran Bersyarat Vaksin Moderna Dari Kilang Di Sepanyol Diluluskan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad