web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sofia Raniya Ditemui Selamat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 8:25AM

Sofia Raniya diminta oleh seorang lelaki untuk menaiki sebuah van, sebelum kemudian meninggalkannya lobi sebuah pangsapuri. - Gambar dari Facebook polis KL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang tular di media sosial kerana dipercayai hilang dari sekolah di sini petang semalam, ditemui selamat.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar ketika dihubungi Bernama, malam tadi.

Muhammad Idzam berkata kanak-kanak itu ditemui di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini.

“Ketika ini, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sedang mengambil keterangan ibu kanak-kanak itu,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehilangan Sofia Raniya yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1, Cheras, selepas ibunya tidak menemui kanak-kanak itu di sekolah semasa mahu mengambilnya petang ini.

Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan Ryana Mohd Nor, 41, menafikan dakwaan bahawa anaknya tersilap menaiki van sehingga dilaporkan hilang, kerana mereka tidak pernah menggunakan perkhidmatan pengangkutan tersebut untuk ke sekolah.

“Setiap hari saya atau ahli keluarga yang lain akan menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah, kami tidak menggunakan perkhidmatan van,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

Sebaliknya, Ryana mendedahkan anaknya memberitahu dia telah diminta oleh seorang lelaki untuk menaiki sebuah van, sebelum kemudian meninggalkannya lobi sebuah pangsapuri.

Ryana berkata beliau menerima panggilan daripada pihak polis pada 9.30 malam tadi, memberitahu anak perempuannya telah ditemui dalam keadaan selamat.

“Saya difahamkan polis menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di pangsapuri berkenaan, melaporkan mengenai seorang kanak-kanak yang ditinggalkan seorang diri di lobi pangsapuri berkenaan,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada polis serta semua pihak yang membantu menghebahkan kehilangan anaknya itu, sehingga berjaya ditemui dalam keadaan selamat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad