web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


V.K. Lingam Gagal Dalam Rayuan Untuk Kembali Jadi Peguam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 6:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Peguam Datuk V.K. Lingam yang terlibat dalam rakaman video kontroversi berhubung pelantikan hakim-hakim, gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk kembali menjalankan amalan guaman.

Ini susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak rayuan Lingam terhadap keputusan Lembaga Tatatertib Badan Peguam yang mengeluarkan namanya daripada senarai peguam bela dan peguam cara disebabkan salah laku berhubung video tersebut.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel itu berkata tidak dipertikaikan bahawa jawatankuasa tatatertib, lembaga tatatertib, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah membuat penemuan yang sama bahawa Lingam campur tangan dengan pelantikan hakim-hakim.

Beliau berkata peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Majlis Peguam berhujah bahawa Lingam tidak dapat menyanggah kenyataan Loh Gwo Burne yang mendengarnya (Lingam) cuba campur tangan dalam pelantikan hakim-hakim.

“Tidak kira pelantikan hakim mana yang sebenarnya cuba dicampur tangan oleh perayu (Lingam) yang penemuannya sehingga ke tahap itu tidak relevan," katanya sambil menambah bahawa perkara penting ialah penemuan dibuat mengenai percubaannya untuk campur tangan dan penemuan tersebut tidak disangkal.

Tengku Maimun yang bersidang bersama-sama Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan Lingam membayar kos RM30,000.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Tengku Maimun berkata terdapat juga bukti langsung daripada Loh yang menyaksikan sendiri Lingam bercakap melalui telefon seperti yang didakwa dalam klip video tersebut.

Beliau berkata mahkamah berpuas hati bahawa Loh memberi keterangan mengenai video itu dan mengesahkan kandungan video tersebut sebenarnya disebut oleh Lingam, yang nama sebenarnya Kanagalingam Vellupillai.

“Jawatankuasa tatatertib, lembaga tatatertib dan mahkamah di bawah bergantung kepada keterangan Loh untuk mengesahkan kandungan yang menjadi asas kepada penemuan salah laku,” katanya sambil menambah bahawa Lingam tidak mencabar perkara itu.

Peguam R.Thayalan yang mewakili Lingam sebelum ini berhujah berhubung kebolehterimaan klip video yang digunakan untuk membuktikan salah laku anak guamnya.

Beliau berkata rakaman video asal tidak dibuat di hadapan jawatankuasa tatatertib atau kepada lembaga tatatertib sebaliknya dikemukakan salinan yang dimuat turun.

Tengku Maimun berkata adalah mandatori bagi lembaga tatatertib mematuhi keperluan Seksyen 103D(1) Akta Profesion Undang-undang (LPA) 1974 yang dipinda yang memerlukannya menyatakan alasannya menolak syor jawatankuasa tatatertib untuk mengenakan hukuman yang lebih ringan ke atas Lingam.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat bersetuju dengan perayu (Lingam) bagaimana kegagalan mematuhi seksyen ini menyebabkan perintah lembaga tatatertib bertarikh 6 Nov 2015 terbatal dan alasannya perlu dinyatakan dalam perintah itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata mahkamah mendapati lembaga tatatertib telah memberikan alasan yang sewajarnya untuk keputusannya dan perintahnya untuk mengeluarkan Lingam daripada senarai bukanlah terbatal.

Nama Lingam dikeluarkan daripada senarai peguam bela dan peguam cara oleh lembaga tataterbit pada 6 November 2015.

Pada 22 Mei 2018, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Lingam untuk semakan kehakiman dan mengekalkan keputusan lembaga tatatertib. Peguam itu juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan tahun lepas. 

Dakwaan terhadap Lingam berhubung rakaman video yang dibuat oleh Loh mengenai perbualan telefon antara Lingam dengan seorang individu yang kemudiannya didapati adalah Hakim Besar Malaya ketika itu Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diadakan pada 2008 berhubung klip video itu dan panel lima anggota RCI memutuskan video itu adalah tulen. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad