web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia-Indonesia Tandatangan MoU PDI Jumaat Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 2:44PM

M. Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Indonesia akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penggajian dan perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) pada Jumaat ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata MoU berkenaan akan ditandatanganinya bersama rakan sejawat Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Ida Fauziyah pada 7 majlis yang diadakan di Jakarta, Indonesia.

Beliau berkata majlis menandatangani MoU PDI itu turut akan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia Joko Widodo.

“Ia mencerminkan komitmen dan kesepakatan kedua-dua negara dalam melaksanakan MoU ini kelak.

“MoU PDI ini akan merintis kepada kemasukan pekerja warga asing dari Indonesia ke sektor yang dibenar penggajian Tenaga Kerja Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saravanan berkata MoU PDI ditandatangani kali pertama pada 2006 dan tamat tempoh pada 2011 sebelum diperbaharui sehingga 2016.

“Namun selepas tempoh tersebut, MoU PDI ini tidak dapat diperbaharui berikutan ketiadaan kata sepakat antara kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata sehingga Februari lepas, jumlah pekerja warga Indonesia yang berada dalam negara adalah seramai 352,469 orang dengan 98,421 individu terlibat dalam sektor perladangan diikuti perkilangan (67,217), pembinaan (65,660), pekhidmat domestik (58,438), pertanian (43,953) dan perkhidmatan (18,779).

Pada 15 Mac lepas, Saravanan dilapor berkata majlis menandatangani MoU PDI yang dijadual berlangsung pada 18 Mac lepas ditunda pada 1 April bagi membolehkan kedua-dua pemimpin negara hadir menyaksikan MoU itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam