web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


72 Lokasi Bazar Ramadan Beroperasi Di Ibu Kota

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 4:01PM

Sebanyak 72 lokasi bazar Ramadan akan beroperasi di sekitar ibu kota sepanjang Ramadan ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 72 lokasi bazar Ramadan membabitkan 5,000 gerai akan beroperasi di sekitar ibu kota sepanjang bulan Ramadan dijangka bermula Ahad ini. 

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pengoperasian itu bermula sekitar 3 petang hingga 8 malam. 

"Walaupun selepas 1 April kita telah masuk fasa peralihan ke endemik, kita mahu mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga penjarakan dan SOP (prosedur operasi standard) lain, " katanya kepada pemberita ketika melawat tapak penyusunan penjaja di Jalan Dungun dan Jalan Gelenggang di sini hari ini. 

Beliau berkata kementerian juga menyasarkan penglibatan lebih 10,000 sukarelawan atau 'duta komuniti' bertujuan memantau, memberi peringatan, nasihat dan teguran berkaitan pematuhan SOP bagi mengekang penularan COVID-19. 

Shahidan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga mengenal pasti dan mewujudkan beberapa lokasi strategik bagi penyusunan penjaja di sekitar ibu negara bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan secara berpusat, lebih sistematik dengan ruangan lebih kondusif. 

"Penyusunan semula penjaja ini akan diperkenalkan di seluruh kawasan di Kuala Lumpur, paling penting kita hendak pastikan penduduk sekitar tidak terganggu dengan kehadiran penjaja yang mahu mencari rezeki," katanya. 

Shahidan berkata pelaksanaan program tersebut akan dijalankan secara berfasa  dengan memberi tumpuan kepada lokasi khas penjaja dalam bandar mengikut keutamaan.

Katanya, program penyusunan semula penjaja itu juga mendapat kerjasama badan bukan berkanun (NGO) yang memberi kelebihan kepada penjaja antaranya kanopi percuma dan diskaun sewaan tapak. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan