web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Disaran Ambil Vaksin Sebelum 1 April, Elak Komplikasi Teruk 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 11:19AM

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan agar kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mendapatkan vaksin COVID-19 dengan kadar segera sebelum negara memasuki Fasa Peralihan Endemik COVID-19 bermula pada 1 April ini.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, langkah itu bagi memastikan kanak-kanak tersebut mendapat perlindungan daripada jangkitan teruk dan komplikasi COVID-19.

“Ada dalam kalangan ibu bapa menganggap semasa fasa peralihan ini kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun tidak perlu lagi diberi vaksinasi.

“Pada hakikatnya, terdapat peningkatan 160 peratus jumlah kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital pada tahun ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan ibu bapa agar mendaftarkan anak sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan pautan janji temu.

“Mereka juga boleh membawa anak atau tanggungan untuk mendapatkan vaksin tersebut secara ‘walk-in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dimaklumkan sebelum ini.

“Pilihlah untuk mevaksinkan anak kerana manfaatnya lebih besar daripada risiko mendapat kesan sampingan vaksin,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, ibu bapa yang membawa anak ke PPV COVID-19 pada hari bekerja akan diberikan surat pengesahan kehadiran (time-slip) sebagai bukti kepada majikan.

“KKM berharap majikan sektor kerajaan dan swasta memberi kerjasama dalam membenarkan ibu bapa membawa anak untuk vaksinasi,” katanya.

Setakat semalam, seramai 1,315,497 atau 37.1 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids). - Getaran, 29 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad