web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keselamatan Siber Kekal Sebagai Isu Diberi Perhatian Utama Oleh Malaysia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 8:24AM

Hamzah Zainudin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keselamatan siber kekal sebagai antara isu yang menjadi perhatian utama Malaysia susulan peningkatan mendadak kes yang dilaporkan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata jumlah kes yang direkodkan berkaitan buli siber, pemalsuan, pencerobohan, memancing data dan penipuan e-mel meningkat hampir sekali ganda.

Beliau berkata pada 2019, kira-kira 13,000 kes jenayah siber dilaporkan dengan jumlah kerugian sebanyak RM539 juta dan bilangan itu telah meningkat kepada 17,000 kes dalam tahun 2020.

Tahun lepas, bilangan kes meningkat kepada lebih 20,000 dengan jumlah kerugian RM560 juta manakala setakat Februari 2022, bilangan kes yang dilaporkan ialah 3,273 dan kerugian yang terlibat berjumlah RM114 juta.

“Banyak ancaman semasa dan baru muncul membabitkan teknologi baharu yang tidak pernah didengar dalam tempoh sedekad lepas. Pada masa sama, landskap keselamatan negara ketika ini berubah lebih pantas berbanding sebelum ini.

“Oleh itu, mengikuti perubahan ini adalah antara cabaran terbesar pertahanan dan keselamatan negara di rantau kita,” katanya ketika berucap pada perasmian Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Selain mempamerkan teknologi dan perkhidmatan terkini, Hamzah berkata DSA adalah platform penting untuk menggalakkan pembinaan kapasiti dan mewujudkan perkongsian asing yang saling menguntungkan, selaras dengan objektif untuk mengukuhkan pertahanan dan keselamatan serantau.

Pameran DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022 bermula dari 28 hingga 30 Mac akan diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Pameran itu hanya terbuka kepada delegasi peringkat tinggi, kakitangan kerajaan, profesional dan eksekutif dalam industri pertahanan dan keselamatan, selain polis dan agensi penguatkuasaan. Acara tahun ini akan dihadiri lebih 1,000 peserta pempamer dari 60 negara.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam ucapannya berkata rantau ASEAN ketika ini berdepan pelbagai ancaman serius yang belum pernah terjadi dalam sejarah.

Hishammuddin berkata acara seperti DSA dan NATSEC memainkan peranan penting sebagai platform untuk menangani ancaman serius, kerana ia melibatkan penyertaan anggota tentera berpangkat tinggi, perniagaan dan organisasi dari rantau ini dan

seluruh dunia - semuanya di bawah satu bumbung.

“Memandangkan negara-negara di seluruh dunia terus menumpukan usaha untuk pulih daripada kesan buruk akibat COVID-19, kita dalam perniagaan keselamatan mesti sentiasa berwaspada dalam menghadapi ancaman terhadap negara dan rantau kita.

“Ancaman tradisional dan bukan tradisional, dalam pelbagai corak dan bentuk, perlu ditangani dengan berkesan sebelum ia menjadi semakin parah sehingga menimbulkan bahaya serta membawa bencana kepada negara di seluruh dunia,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cybersecurity, Satisguard Meterai MoU, Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JPDP Siasat Dakwaan Laman Misi Rakyat Digodam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Akta Perlindungan Data Peribadi Perlu Dipinda, Elak Data Diguna Untuk Penipuan - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerjasama Keselamatan Siber Antarabangsa Satu Keperluan Mendesak - Fahmi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran