web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Dihempap Pokok Bakau

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2022 1:46PM

Mayat Arfah ditemui dibawah pokok bakau yang tumbang. - Gambar ihsan JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki maut dihempap pokok bakau di Bukit Gemok, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa Arfah Irwan, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Dia bersama dua lelaki lain sebelum itu sedang membersihkan kawasan berkenaan, seperti diupah pemilik tanah.

Bagaimanapun, Arfah dikatakan tidak sempat melarikan diri apabila pokok bakau yang ditebangnya tumbang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.02 petang, semalam.

“Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17 kilometer dari BBP Tawau.

“Sebaik tiba, seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana ditimpa pokok bakau,” katanya.

Tambah Julius, pihaknya terpaksa melakukan kerja pemotongan kayu bagi mengeluarkan mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner  (ACP) Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Mangsa adalah warga tempatan dan diarahkan oleh pemilik tanah untuk menebang pokok bakau di situ.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dilaporkan berlaku,” katanya.

Beliau turut menafikan mangsa dihempap pokok kayu balak seperti yang tular di media sosial sebelum ini. - Getaran, 27 Mac 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 21 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran