web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID: 99.36 Peratus Kes Semalam Kategori 1 Dan 2 - KP Kesihatan

Semasa · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 11:23AM

Tiada kluster baharu COVID-19 dilaporkan semalam dan sebanyak 242 kluster didapati masih aktif setakat ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 21,700 kes COVID-19 atau 99.36 peratus daripada jumlah keseluruhan 21,839 kes positif harian dilaporkan semalam merupakan kategori satu dan dua, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kurang satu peratus iaitu 0.64 peratus atau sebanyak 139 kes COVID-19 yang dilaporkan semalam dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Kes COVID-19 kategori satu yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 9,401 kes manakala kes kategori dua 12,299 kes.

“Sebanyak 60 kes atau 0.28 peratus dalam kategori tiga, 42 kes (0.19 peratus) dalam kategori empat dan 37 kes (0.17 peratus) dalam kategori lima,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Menurut Dr Noor Hisham tiada kluster baharu COVID-19 dilaporkan semalam dan sebanyak 242 kluster didapati masih aktif setakat ini.

Beliau berkata kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt di seluruh negara yang dicatatkan semalam adalah 0.92 dengan Selangor merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.05 manakala kadar paling rendah dicatatkan di Sabah iaitu 0.63.

Katanya empat negeri mencatatkan penggunaan katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus dengan tertinggi di Putrajaya pada tahap 100 peratus.

Tiga lagi negeri mencatatkan penggunaan katil kes kritikal atau ICU melebihi 50 peratus ialah Kuala Lumpur (67 peratus), Johor (55 peratus) dan Selangor (51 peratus). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad