web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


1 Daripada 2 Dewasa Hadapi Masalah Obesiti

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 9:13PM

NHMS mendapati 50.1 peratus rakyat Malaysia mencatatkan berat badan berlebihan dengan 19.7 peratus daripada mereka menghadapi masalah obesiti pada 2019. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masalah berat badan berlebihan dan obesiti kini meningkat pada kadar yang membimbangkan di negara ini dengan satu daripada dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata hasil kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), yang dijalankan setiap empat tahun, mendapati 50.1 peratus rakyat Malaysia mencatatkan berat badan berlebihan dengan 19.7 peratus daripada mereka menghadapi masalah obesiti pada 2019.

“Ini bermakna satu dalam dua orang dewasa kini berlebihan berat badan. Bagi kanak-kanak pula, 30 peratus daripada mereka berumur lima hingga 13 tahun mencatitkan masalah obesiti.

“Kebimbangan kami (kerajaan) adalah perkara ini akan menjadi semakin teruk. Lebihan berat badan boleh meningkatkan risiko penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit,” katanya semasa melancarkan sambutan Minggu Obesiti Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata berbanding hasil kajian sama yang dijalankan pada 2015, hanya 29.4 peratus rakyat Malaysia direkodkan mempunyai berat badan berlebihan dan hanya 15.1 peratus termasuk dalam kategori obesiti, justeru membuktikan masalah tersebut semakin serius.

Noor Azmi berkata antara inisiatif diambil bagi menangani masalah itu adalah mengadakan kolaborasi bersama syarikat industri makanan dan minuman dalam menggalakkan penghasilan produk memenuhi kriteria nutrisi ditetapkan, serta pendekatan pelaksanaan duti ekais terhadap minuman bergula.

“Literasi awam terhadap kesihatan adalah penting dalam usaha memerangi masalah obesiti yang perlu dipikul bersama oleh segenap lapisan masyarakat, dengan harapan dapat menurunkan kadar obesiti di negara dan rakyat boleh menjadi lebih sihat.

“Kami nak semua orang faham, tahu dan boleh mengambil tindakan secara kendiri,” katanya.

Minggu Obesiti Malaysia yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO), disambut pada setiap Mac dengan tujuan meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya obesiti selain langkah pencegahan dan rawatan masalah itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad