web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemaju Projek Ganggarak Permai Double Storey Perlu Segera Serah Kunci

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 9:02PM

Rosman Isli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Pemaju projek perumahan Ganggarak Permai Double Storey di sini diminta menyegerakan proses penyerahan kunci milik pembeli yang telah tertunggak sekian lama.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rosman Isli berkata, kelewatan penyerahan kunci itu menyebabkan pembeli tertekan, apatah lagi mereka telah mula membayar pinjaman yang dibuat, walaupun rumah tersebut belum didiami.

"Saya telah dihubungi oleh pembeli rumah Projek Perumahan Ganggarak Permai Double Storey yang sehingga kini masih tidak menerima kunci rumah dibeli. 

"Saya difahamkan pemaju projek perumahan sepatutnya menyerahkan kunci pada Disember 2020, tetapi disebabkan pandemik COVID-19, ia ditangguhkan kepada Mei 2021. Namun disebabkan oleh syarat yang belum dilaksanakan, penyerahan kunci kepada pembeli tidak dapat dibuat,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Katanya, pembeli bakal berdepan masalah besar sekiranya keadaan itu berterusan, memandangkan projek itu merupakan usaha sama kerajaan dan swasta, bagi menyediakan rumah mampu milik kepada penduduk Labuan. 

“Pihak pemaju sewajarnya bekerjasama dengan agensi terlibat agar memastikan semua syarat dapat dipenuhi dan kunci diserahkan kepada pembeli secepat mungkin. 

"Sebagai wakil rakyat, saya mohon pihak pembeli diberikan keadilan termasuk mengganti kerugian yang mereka hadapi," katanya. - Getaran, 25 March 2022.

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad