web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembukaan Sempadan 1 April, IPD Semporna Jamin Keselamatan Pelancong

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 8:25PM

Perbarisan sempena sambutan Hari Polis ke-215 di IPD Semporna. - Gambar ihsan Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA  - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna bersedia sepenuhnya mengawal keselamatan perairan daripada ancaman jenayah rentas sempadan menjelang pembukaan semua pintu masuk negara 1 April  depan.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya sudah melakukan persiapan rapi untuk menerima kemasukan ramai pelancong asing ke daerah tersebut.

"IPD Semporna akan menjalin kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain khususnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memantau lokasi tumpuan pelancong.

"Kami akan memastikan keselamatan perairan pada tahap terbaik bagi menjamin keselamatan pelancong di sini," katanya ketika ditemui sempena Majlis Perbarisan Peringatan  Hari Polis Ke-215, di sini, hari ini.

Tambahnya, IPD Semporna akan membantu kerajaan dalam mengembalikan kegemilangan daerah berkenaan sebagai destinasi pilihan utama pelancong khususnya dari luar negara.

"Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, IPD Semporna berjaya merekodkan pencapaian memuaskan dan berjaya menurunkan kadar jenayah.

"Selain itu, banyak kes jenayah juga dapat diselesaikan dengan segera," katanya.

Mohd Farhan berkata, kejayaan tersebut tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama kukuh masyarakat setempat.

"Kerjasama daripada masyarakat, pemimpin, badan bukan kerajaan, media dan syarikat pelancongan banyak membantu memudahkan polis melakukan pemantauan keselamatan.

"Sehubungan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dengan IPD Semporna khususnya membabitkan penyaluran maklumat aktiviti jenayah di sini," katanya. - Getaran, 25 Mac 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad