web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM Umum Pertukaran 121 Pegawai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 12:48PM

Hazani mengekalkan jawatan sama namun memangku pangkat Gred VUYA5 (Jusa A). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran pegawai kanan secara besar-besaran membabitkan 121 pegawai di seluruh negara, hari ini.

Mendahului senarai adalah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali yang mengekalkan jawatan sama namun memangku pangkat Gred VUYA5 (Jusa A).

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri pula dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak bagi menggantikan Datuk Aidi Ismail yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Turut tersenarai adalah Ketua Penolong Pengarah E4, Cawangan Khas, Datuk Dr Wan Ariffin Wan Ahmad yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 manakala Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am), Datuk Kasuahdi Ali mengekalkan jawatan sama namun memangku pangkat Komisioner.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Ruslan Khalid berkata, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop akan bertukar sebagai Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) dengan memangku pangkat Komisioner.

Menurutnya, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK, Datuk Dr Mustafa Khan Abdul Samat ditukar kepada Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bagi menggantikan Datuk Sasikala Devi Subramaniam yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor.

“Antara turut bertukar adalah Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hussein Omar Khan yang akan bertugas sebagai Timbalan Pengarah Risikan/Operasi JSJ.

“Selain itu, Timbalan Pengarah Forensik/Perancangan Strategik JSJ, Datuk Zainol Samah akan menjawat jawatan Ketua Polis Selangor manakala Setiausaha Polis Malaysia, Urus Setia Pejabat KPN, Datuk Ruslan Khalid menjadi Ketua Polis Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslan berkata, turut disenarai adalah KPP Pendataan/Analisa JPJKK, Datuk Fadzil Ahmat yang bertukar sebagai Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Antara yang tersenarai adalah Penolong Pengarah (Pengurusan Penilaian Kompetensi), Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris akan bertukar sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib pula dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner,” katanya. – Getaran, 25 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 52 minit yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 38 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 27 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi