Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SRC Peroleh Injunksi Mareva Halang Najib Pindah Aset Bernilai Hingga RM42 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 8:27AM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - SRC International Sdn Bhd dan sebuah anak syarikatnya memperoleh perintah injunksi mareva daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada memindahkan atau  melupuskan mana-mana asetnya bernilai sehingga RM42 juta.

Perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin pada satu prosiding dalam talian semalam selepas membenarkan permohonan SRC dan Gandingan Mentari Sdn Bhd yang merupakan plaintif pertama dan kedua dalam saman SRC ke atas Najib selaku defendan. 

Injunksi mareva merupakan perintah sementara yang mengekang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.

Mahkamah mengarahkan Najib, 68  supaya tidak mengalih, melupus, mengendali atau mengurangkan nilai asetnya di dalam dan di luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta, sehingga keputusan akhir saman itu dikeluarkan.

Selain daripada itu mahkamah juga mengarahkan Ahli Parlimen Pekan itu mendedahkan kepada peguam SRC (plaintif) secara bertulis aset beliau di dalam atau di luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta dalam tempoh 30 hari selepas perintah itu diserahkan kepada Najib. 

Bekas Perdana Menteri itu juga dibenarkan mengeluarkan dan membelanjakan wang daripada sebuah akaun bank atau sumber lain tidak melebihi RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan guaman yang mahkamah ini menyatakan ia adalah termasuk perintah injunksi mareva sementara diperoleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mohd Arief Emran juga menetapkan pengurusan kes pada 13 Mei depan.

Seorang peguam daripada  Tetuan Rosli Dahalan Saravana Partnership yang mewakili SRC ketika dihubungi mengesahkan keputusan mahkamah itu.

SRC International Sdn Bhd dan Gandingan Mentari Sdn Bhd diwakili peguam M Nagarajah, Syafinaz Vani, Clament Tay, Lisa Yong daripada Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership sementara Muhammad Farhan Shafee dan Thilagan Mehanathan daripada Tetuan Shafee & Co mewakili Najib.

Pada 8 Februari, 1MDB dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited memperoleh perintah injunksi mareva daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang Najib daripada melupuskan atau mengurangkan  nilai mana-mana asetnya di Malaysia sehingga US$681 juta.

Bagaimanapun pada 18 Februari, Najib memfailkan permohonan untuk mengetepikan injunksi mareva itu. Pendengaran permohonan itu ditetapkan pada 6 Mei depan. 

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas beliau didapati bersalah menyelewengkan RM42 juta dana SRC. Kes ini dalam peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi. - Bernama

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Politik 1 hari yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

Semasa 18 jam yang lalu

Kumpulan JI Terap Ideologi Secara Mendalam, Sukar ‘Cuci Bersih’ Fahaman

Semasa 18 jam yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang