web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kekangan Kuasa Punca Isu Spesies Ikan Asing Gagal Ditangani

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 9:02PM

Mohd Soffi (tengah)menyerahkan benih ikan kepada penternak di Sungai Lipis, dekat Kampung Melayu Benta, Lipis, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kemunculan pelbagai spesies ikan asing atau alien species di perairan umum, terutamanya sungai di Pahang sudah lama menjadi ancaman terhadap ekosistem sedia ada.

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir orang awam melepaskan spesies ikan asing ini menyaksikan pencemaran sungai terus berlaku, selain boleh mengakibatkan kepupusan sumber perikanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak berkata, selain sikap kurang peka dalam kalangan masyarakat, kekangan daripada aspek perundangan juga menghalang penguatkuasaan dilakukan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

“Sekarang ini, mereka (Jabatan Perikanan) tidak mempunyai kuasa untuk menahan atau mendakwa individu yang melepaskan spesies ikan asing ke dalam sungai, jadi perkara seperti ini perlu dilihat atau dikaji semula.

“Bagi kerajaan negeri, cadangan untuk meminda dan menambahbaik peruntukan undang-undang sedia ada sedang dilakukan membabitkan perbincangan antara Jabatan Perikanan negeri dan pejabat penasihat undang-undang Pahang.

“Kalau boleh ditambahbaik dengan masukkan sub seksyen tertentu dalam peruntukan yang sudah tersedia, maknanya mereka boleh mengambil tindakan seperti (mengeluarkan) kompaun dan mendakwa pesalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Peringkat Pahang di Sungai Lipis, dekat Kampung Melayu Benta, di Lipis, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar.

Sebanyak 25,000 benih ikan Lampam Sungai dan 300 ekor ikan Kelah dilepaskan dalam program itu.

Setakat ini, Jabatan Perikanan Pahang hanya mempunyai peruntukan mengikut Kaedah-kaedah Perikanan (Perairan Sungai) Pahang 1991 bagi mengenakan kompaun serta mendakwa pesalah menggunakan peralatan yang boleh memusnahkan atau merosakkan sumber seperti racun tuba, bahan letupan dan elektrik.

Spesies ikan asing berbahaya yang biasa dijumpai di perairan umum di negara ini ialah patin siam (Pangasianodon hypophthalmus), ikan bandaraya (Hypostomus plecostomus), peacock bass (Cichla spp) dan udang kara air tawar (Cherax spp dan Procambrus spp).

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan muncul monster spesies dan boleh menjangkau ke saiz gergasi iaitu ikan baung ekor merah Asia (Phractocephalus hemioliopterus) serta patin high fin (Neoarius berneyi) yang bersifat pemangsa dengan menjadikan ikan tempatan sebagai makanan.

Mohd Soffi bagaimanapun memaklumkan, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Perikanan Pahang akan terus membantu penternak ikan sungai memperoleh benih ikan mencukupi bagi memastikan kitaran sumber protein dalam negeri dapat dikawal dengan baik.

“Sepanjang tahun lalu, sejumlah 2.75 juta benih ikan pelbagai spesies untuk pelepasan umum dan benih percuma yang dikeluarkan oleh Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Bukit Tinggi, Bentong dan PPA Perlok, Jerantut, diagihkan kepada penternak akuakultur di Pahang,” katanya. - Getaran, 25 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

 'Culvert 10' Jadi Tumpuan Pemburu Ikan Sungai

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Akuakultur Ikan Marin, Air Tawar Mampu Tingkatkan Sumber Pendapatan Penternak

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 48 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek