Berita Terkini

9 jam yang lalu: HDC Sarawak lulus RM2.3 juta di bawah skim bantuan deposit perumahan 9 jam yang lalu: Kematian 20 kucing bukan diracun, sebaliknya kena jangkitan 'Parvovirus' - JPV Terengganu 9 jam yang lalu: Rotan anak: Bekas suami Ziana Zain didenda, hukuman penjara diketepikan 9 jam yang lalu: Sebuah bas persiaran terbakar 90 peratus dalam kejadian di Kilometer 27.93 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara 9 jam yang lalu: Beberapa kawasan di Bidor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat

IKUTI KAMI


Adegan Keterlaluan Tidak Sensitif Terhadap Budaya Kesopanan, Kesusilaan Rakyat Malaysia - FINAS

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 8:30AM

Penggambaran sebegini tidak sewajarnya berlaku dan FINAS memandang serius isu tersebut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Video adegan keterlaluan dalam drama bersiri yang bakal ditayangkan di saluran televisyen swasta, yang dimuat naik di portal Twitter oleh seorang pelakon tempatan baru-baru ini, dilihat sebagai tidak sensitif terhadap budaya kesopanan dan kesusilaan diamalkan rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Prof Dr Md Nasir Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata sebarang penggambaran sebegini, tidak sewajarnya berlaku dan Finas memandang serius isu tersebut.

“Finas ingin menekankan penguatkuasaan tapisan kandungan filem dan televisyen di negara adalah bukan di bawah bidang kuasa Finas, namun selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam pengeluaran lesen penerbitan filem tempatan, Finas akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (1983), Peraturan 6(2).

“Finas boleh membatalkan sesuatu lesen jika pemegang lesen itu telah disabitkan atas suatu kesalahan berkenaan dengan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak,” katanya.

Md Nasir berkata sebagai badan peneraju industri perfileman negara, Finas menyeru para penggiat industri kreatif lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 10 jam yang lalu

Air Mata Bella Astilah Tumpah, Kisah Anak Pengemis Sampah Di Sandakan Wujud! 

2

Filem & TV 14 jam yang lalu

Keluang Man Bakal Difilemkan, Siapa Pelakon Yang Layak Jayakan Watak Ini?

3

Selebriti 20 jam yang lalu

Pelakon Watak Gay Harap Penonton Berfikiran Terbuka

4

Selebriti 1 hari yang lalu

Gadis Muda Itu Bukan Kekasih Saya – Azri Iskandar 

Sorotan

1

'Saya Maafkan Awak' Kata Warga Emas Mangsa ‘Samseng Jalan Raya’

2

Wang Dalam Akaun Saya Cukup Bayar Kad Kredit - Zahid

3

Ewe Hock kesal Dengan Senario Badminton Malaysia Yang 'Terkebelakang'

4

Ada Apa Dengan Melayu

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bekas Suami Ziana Zain Didenda, Hukuman Penjara Diketepi

Semasa 9 jam yang lalu

Pemuda Maut Langgar Kereta Berhenti Di Lorong Kecemasan

oleh Rubini Nagarajah

Semasa 1 hari yang lalu

Disyaki Tanam 100 Pokok Ganja Di Rumah, Mantan Diplomat Ditahan

oleh Fitri Nizam

Semasa 9 jam yang lalu

MBSA, JPS Selangor Berjaga-jaga, Paras Air Lepasi Paras Bahaya

oleh Isabelle Leong