web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beri Tempoh 3 Hingga 5 Tahun Kepada PKS Laksana Gaji Minimum, Elak Gulung Tikar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 7:50PM

Saw Yee Fung

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran memberi tempoh antara tiga hingga lima tahun kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebelum mewajibkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kepada pekerja industri terbabit.

Jurucakap MCA, Saw Yee Fung berkata, PKS tidak seharusnya dibiarkan gulung tikar ketika industri itu baru hendak pulih akibat pandemik COVID-19 ketika ini.

Katanya, pekerja industri terbabit juga akan hilang punca pendapatan disebabkan pelaksanaan gaji minimum baharu itu.

“Saya yakin pelaksanaannya secara berperingkat akan memberikan peluang kepada PKS untuk lebih berdaya saing.

“Malah ia juga akan merancakkan kembali ekonomi negara apabila industri itu kembali pulih sepenuhnya,” katanya hari ini.

Pada masa sama, Yee Fung berkata, penangguhan itu wajar dilakukan kerana terlalu ramai peniaga kecil yang masih bergelut menampung perniagaan mereka termasuk perlu membayar gaji pekerja.

“MCA amat mengalu-alukan penangguhan gaji minimum ini kepada PKS. Wajar bagi kita untuk menghargai sumbangan pemain industri terbabit.

“Ini termasuk peniaga kecil yang tetap mengajikan pekerja mereka sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun mereka sendiri berdepan waktu sukar akibat pandemik,” katanya.

Terdahulu, kerajaan bersetuju meluluskan pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2021 bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dekat sini, Sabtu lalu.

Pengumuman tersebut bagaimanapun menerima reaksi berbeza di kalangan segelintir pemain industri yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

Orang ramai bagaimanapun menyambut baik langkah tersebut yang disifatkan sebagai antara usaha kerajaan untuk membantu rakyat memulihkan kehidupan mereka, selepas bergelut dengan wabak berbahaya itu sejak dua tahun lalu. - Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Lucut Hak Mengundi Ahli, Exco MCA Langgar Prinsip Demokrasi, Amalkan Nepotisme - SCA

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Semua Majikan Mampu Naikkan Gaji Minimum - Pakar Ekonomi

3

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Politik 2 tahun yang lalu

Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad