web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Selar Dakwaan Rafizi, 'Entah Dari Longkang Mana Dia Kutip Fakta'

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 4:41PM

Najib Tun Razak (kiri) dan Rafizi Ramli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Penasihat Ahli Lembaga Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan mantan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa kerajaan sudah menyuntik berbilion ringgit ke dalam Sapura Energy Berhad (SEB) sejak lebih sedekad lalu.

Katanya, dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, beliau mendakwa suntikan sejumlah besar wang dilakukan menerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pada 2019.

“Entah dari longkang mana dia kutip fakta. Kerajaan tak pernah suntik berbilion-bilion dalam Sapura.

“Yang suntik ialah PNB (wang ASB) pada tahun 2019 semasa kerajaan PH untuk PNB muncul sebagai pemegang saham terbesar Sapura dengan kepentingan 40 peratus,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan mantan Ahli Parlimen Pandan itu, yang tidak bersetuju dengan gesaan Najib agar kerajaan menyelamatkan SEB melalui Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) atau Khazanah Nasional Berhad (Khazanah Malaysia) setelah berdepan risiko muflis.

Malah katanya lagi, tindakan itu hanya akan menguntungkan golongan elit dan adalah tidak adil membelanjakan berbilion ringgit untuk firma tersebut ketika perniagaan dan pekerja di seluruh negara menghadapi masa yang sukar.

Namun Najib mengecam pemikiran Rafizi yang dilihat agak sempit, bersifat dengki dan tidak melihat kesan rantaian ekonomi serta peluang bagi negara membina kekayaan.

Menurut mantan Perdana Menteri itu, sekiranya kerajaan menyelamatkan SEB, firma tersebut boleh terus beroperasi untuk menyiapkan kontrak dan tidak lagi terdedah kepada risiko penalti lewat dari pelanggan.

“Selepas pulih, nilai SEB akan naik semula ke paras sedia ada iaitu berpuluh kali ganda lebih tinggi berbanding sekarang, dan Petronas boleh jualkan sebahagian kepentingan saham dalam firma itu untuk mengaut keuntungan besar.

“Ia sebagaimana Petronas menjual 5.11 peratus daripada MSIC dengan nilai RM1.8 bilion pada 2019 di bawah kerajaan PH dan penjualan kepentingan enam peratus dengan nilai RM1.77 bilion pada Disember 2020 bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, selepas kedua-dua penjualan saham tersebut, Petronas masih pemegang saham terbesar syarikat MISC.

“Oleh sebab SEB bakal berjaya dipulih maka RM4 bilon wang rakyat dalam ASB dapat diselamatkan dan kerajaan berpotensi menjana keuntungan berpuluh bilion ringgit setelah nilai SEB pulih ke keadaan sebelum kemelutnya.

“Masa itu, kerajaan akan mempunyai dana yang jauh lebih besar dari kenaikan nilai SEB untuk membantu Rakyat. Pekerja SEB dan vendor-vendornya happy, bank-bank tempatan dan tabung-tabung simpanan rakyat happy, kerajaan happy dan pemegang Amanah Saham Bumiputera (ASB) juga happy,” katanya.

Sementara itu, Najib turut menolak dakwaan Rafizi bahawa tindakan menyelamatkan SEB hanya melindungi golongan elit.

Malah beliau mempersoalkan sama ada pemegang saham ASB, pekerja SEB, ribuan vendor Bumiputera atau bank tempatan seperti Maybank dan CIMB milik Khazanah Berhad adalah sebahagian daripada kumpulan elit terbabit.

Najib berkata, anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani sudah tiada kepentingan dalam SEB manakala pengasasnya, Tan Sri Shahril Shamsuddin hanya memegang kepentingan 10 peratus.

“Sebab Shahril ada kepentingan 10 peratus, lebih wajar bagi PNB rugi empat kali ganda lebih besar dengan kepentingan 40 peratus miliknya supaya Shahril tak mendapat manfaat?

“Ini seumpama ‘saya lebih rela untuk rugi RM400 berbanding bantu seorang lagi kekalkan duit RM100nya’. Jadi, golongan elit mana yang dia maksudkan?,” soalnya.

Najib berkata, sekiranya SEB tidak dibantu dengan kemudahan soft loan, maka sudah tentu wang seramai 10.6 juta pelabur ASB sebanyak RM4 bilion hangus begitu sahaja.

Malah katanya, PNB, KWSP dan lain-lain tabung simpanan rakyat akan mengalami kerugian secara tidak langsung akibat hutang RM10 bilion kepada bank tempatan seperti Maybank dengan 50 peratus milik PNB.

“Bukan itu sahaja, hampir 10,000 pekerjaan bergaji tinggi akan hilang manakala kira-kira 4,500 vendor atau pembekal akan terjejas, kebanyakannya merupakan syarikat Bumiputera.

“Aset-aset berharga SEB bakal dijual dengan harga amat murah (firesale prices) kepada orang asing. Malaysia akan kehilangan syarikat perkhidmatan perkhidmatan petroliam terbesar negara bagi sektor paling penting negara,” katanya.

Susulan itu beliau berkata, tindakan tersebut tidak akan menguntungkan negara malah turut tidak memberi manfaat bagi mana-mana pihak.

“Dan inilah beza pemikiran orang PH dengan saya. Saya lebih cenderung untuk membantu dan melihat negara bina kekayaan manakala mereka lebih suka binasa kekayaan,” katanya. - Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

4

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad