Berita Terkini

8 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


UTM Hasilkan Kaki Palsu 3D, Beri Sinar Baharu Pada OKU

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 9:00PM

Penerima kaki palsu, Muhamad Sabri dibantu menggunakan kaki palsu 3D yang dihasilkan kumpulan penyelidik SKBSK, Fakulti Kejuruteraan UTM.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membawa evolusi baharu dalam teknologi pembuatan kaki palsu 3D, hasil penyelidikan, penghasilan produk inovasi dan kepakaran bidang kejuruteraan bioperubatan.

Kerjasama antara 3D Gens Sdn Bhd serta kepakaran kumpulan penyelidik dari Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan (SKBSK), Fakulti Kejuruteraan UTM itu berjaya membangunkan produk berkenaan yang jelas berdaya saing.

Menurut Ketua Projek dan Pensyarah Kanan UTM, Dr Muhammad Hanif Ramlee, inovasi baharu berkenaan yang menggunakan teknologi imbasan, rekaan dan cetakan 3D dapat memberikan keselesaan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU).

Beliau berkata, ia ditawarkan pada harga mampu milik kerana bahan yang digunakan adalah lebih murah dan berdaya tahan.

“Kos itu boleh dikurangkan sehingga 60 peratus berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM5,000 sekali gus mampu memberikan satu sinar baharu kepada golongan OKU yang berdepan kekangan kewangan.

“Inovasi kaki palsu cetakan 3D ini boleh diguna pakai oleh golongan OKU untuk menjalankan aktiviti harian seperti berjalan, duduk dan bangun, menaiki tangga, menaiki kenderaan awam atau memandu kenderaan persendirian.

“Produk inovasi ini boleh dimanfaatkan oleh golongan OKU yang kudung dari paras lutut,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Penyerahan Kaki Palsu 3D sempena tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada dua penerima OKU di Fakulti Kejuruteraan UTM Skudai di sini, hari ini.

Muhammad Hanif berkata, penghasilan sebuah kaki palsu mengambil masa sebulan, tidak termasuk fasa percubaan dan ujian kepada pemakai untuk memastikan soket digunakan sepadan dengan kaki pesakit.

Bagi proses penyediaan soket kaki palsu, beliau berkata, ia dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut jenis kecacatan dan juga mengikut kehendak pengguna.

“Imbasan 3D akan dilakukan terhadap OKU pada bahagian kecacatan tanpa sentuhan. Hal ini dapat menjimatkan masa, tenaga serta bahan dan kos lain dalam pembuatan soket kaki.

“Kemudian, lukisan reka bentuk 3D dijalankan di makmal UTM manakala proses cetakan 3D akan dibuat oleh 3D Gens. Selepas selesai pembuatan soket, semua bahagian akan disambungkan untuk menjadikan satu kaki palsu yang lengkap,” katanya.

Padanan terhadap kaki OKU serta aktiviti latihan di makmal Motion Analysis jelas Muhammad Hanif lagi, akan dijalankan terlebih dahulu sebelum ia dapat diserahkan sepenuhnya kepada penerima.  

“Jangka hayat setiap kaki palsu yang diterima dari aspek ketahanan soket adalah antara dua hingga tiga tahun bergantung kepada reka bentuk inovasi tersebut dan cara penggunaan penerima, manakala bahagian lain seperti pilon, adapter dan kaki mampu bertahan sehingga tujuh tahun.

“Soket cetakan 3D boleh ditukar mengikut kehendak, warna dan ketahanan tanpa perlu menukar bahagian yang lain,” tambahnya. - Getaran, 22 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Peniaga Degil Jual Vape Di Johor Berdepan Tindakan Tegas - Exco

4

Semasa 2 bulan yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Semasa 5 jam yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 3 jam yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Kesan Guru Lelaki Cederakan Rakan Setugas