web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Institusi Diraja Main Peranan Penting Dalam Pemilihan Ahli SPR - Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 4:48PM

Sultan Nazrin bergambar bersama buku 'Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang dan Tadbir’ di majlis pelancaran di Hotel Majestic di sini hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memandangkan trend yang berubah, di mana pengundi jauh lebih berpendidikan dan sedar dari segi politik berbanding sebelum ini, Majlis Raja-Raja memainkan peranan untuk memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas dan adil “tanpa keraguan”.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa bersama-sama Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja mesti menunaikan kewajipan di bawah perlembagaan persekutuan bagi memastikan SPR mendapat kepercayaan awam.

Para pemerintah boleh memainkan peranan melalui pemilihan ahli SPR, yang dimuktamadkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Agong harus memberi perhatian khusus apabila memilih ahli SPR dan memastikan mereka mendapat kepercayaan awam, memandangkan mereka tidak boleh diketepikan begitu sahaja tanpa alasan untuk berbuat demikian, sama seperti jawatan hakim Mahkamah Persekutuan.

“Rakyat kini semakin terpelajar, semakin memiliki tahap literasi yang tinggi, rakyat semakin terdedah kepada pelbagai sumber pengetahuan dan semakin mudah mendapat akses kepada maklumat. Rakyat tidak lagi mudah memamah berita dan meneguk cerita.

“Dalam menghadapi senario semasa dan menuju ke hadapan, adalah penting untuk dibina persefahaman dalam semangat saling memahami - saling menghormati antara institusi takhta yang diwakili oleh Raja-Raja Pemerintah dengan institusi rakyat yang diwakili oleh cabang perundangan dan cabang
eksekutif, di samping peranan cabang kehakiman yang bebas daripada sebarang pengaruh kuasa eksekutif, mengolah formula yang mendapat kepercayaan awam dalam urusan pelantikan pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, di samping memastikan pilihan raya diuruskan secara bebas - secara adil, dan tanpa ragu turut kelihatan diuruskan secara bebas - secara adil,” titah baginda.

Baru-baru ini, kredibiliti SPR dipertikaikan berhubung keputusan menutup beberapa pusat mengundi semasa Pilihan Raya Negeri Johor seawal jam 11 pagi.

Menegaskan isu itu, Sultan Nazrin turut bertitah bahawa institusi diraja negara mempunyai peranan yang jauh lebih penting daripada sekadar perhiasan yang hanya digunakan untuk tujuan istiadat.

"Institusi Raja bukan sebuah entiti berbentuk ornamen hiasan untuk menyempurnakan peranan bersifat upacara atau ceremonial. Institusi Raja ialah entiti yang termaktub di dalam Perlembagaan untuk memenuhi amanah dan menyempurnakan peranan mekanisme semak dan imbang, mengimbangkan pelbagai perkara yang diangkat sembah untuk pertimbangan takhta.

“Sejak zaman berzaman dan secara tradisi, takhta menjadi tempat rujukan dan tempat rakyat jelata memohon perlindungan dan mendapatkan keadilan.

“Takhta secara bijaksana - secara adil – secara saksama perlu memberikan ruang untuk mendengar suara dan menimbangkan rintihan semua pihak. Takhta mengamati secara teliti dinamik politik yang berlaku, dan berpendirian amat perlu menetapkan paksi yang mengupayakan takhta melakarkan ruang peranan yang relevan dalam era semasa agar takhta dilihat berperanan adil dan saksama oleh rakyat jelata, dan agar takhta kekal dinamik serta bertenaga untuk menangani tuntutan dan keperluan warga, terutama dalam memenuhi peranan sebagai mekanisme semak dan imbang serta instrumen kesatuan dalam kepelbagaian.

“Oleh yang demikian, bersama Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja wajib memenuhi tanggungjawab yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan untuk memastikan SPR mendapat kepercayaan awam,” titah baginda. - The Vibes, 21 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

3

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad