web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Bot Karam, 4 Nelayan Hilang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 5:14PM

Operasi mencari nelayan yang hilang di perairan Pulau Pinang, kini giat dijalankan. - Gambar dari Facebook Saya Orang Penaga - S.O.P

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Empat nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka karam dalam dua kejadian berasingan di perairan Pulau Pinang, hari ini.

Dalam kejadian pertama, seorang nelayan yang juga tekong bot hilang selepas botnya karam pada 8.15 pagi tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Awis Kharni Abdul Rahman berkata susulan itu, pihaknya menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan perairan Pulau Kendi.

"Kami menerima laporan memaklumkan bahawa tiga nelayan telah hilang selepas bot mereka karam namun hasil SAR, pihak bomba hanya berjaya menemukan dua daripadanya iaitu Tan Soon Gin, 30-an dan Pai San Chu Kaw, 40-an iaitu warga Thailand," katanya.

Sementara itu, tiga lagi nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak sebelum terbalik dan karam di perairan Kuala Muda, Penaga.

Pegawai Operasi JBPM Pulau Pinang Yusmin Mohd Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.46 pagi sebelum operasi SAR digerakkan di perairan itu.

"Berdasarkan maklumat, tiga nelayan itu adalah Mohd Firdaus Samsudin, Hazizul Zakaria dan Ruzidi Saad, kesemuanya berusia 34 hingga 44 tahun,” katanya.

Difahamkan semasa kejadian, hujan lebat dan angin kuat melanda kawasan perairan Pulau Pinang. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 14 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 21 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 22 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad