web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Disyor Timbang Cadangan Wajibkan Mengundi - Ab Rashid

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 4:34PM

Ab Rashid Ab Rahman - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disyor untuk mempertimbangkan kemungkinan menjadikan mengundi sebagai satu kewajipan susulan sambutan hambar pengundi di tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Melaka, Sarawak dan Johor.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata, langkah itu bukan sesuatu yang baharu kerana sudah diamalkan banyak negara lain termasuk Singapura.

Menurut beliau, langkah itu wajar diambil susulan pelaksanaan pendaftaran automatik pengundi yang mencapai usia 18 tahun seperti termaktub dalam Undi18.

“Masalah yang dihadapi negara pada pilihan raya seperti di Johor adalah disebabkan sebahagian besar rakyat tidak mahu mendaftar sebagai pengundi, jadi jika mereka tak mahu mendaftar, bagaimana mereka nak keluar mengundi.

“Pendekatan ini boleh diambil jika tiada cara lain untuk menggalakkan pengundi keluar menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran buku bertajuk ‘Pilihan Raya Demokrasi di Malaysia’.

Buku terbitan Universiti Malaya (UM) itu adalah nukilan bersama Ab Rashid dan wartawan veteran, Dr G Manimaran.

Sultan Perak yang juga Canselor Universiti Malaya (UM), Sultan Nazrin Shah berbual dengan Ab Rashid dan G. Manimaran pada pelancaran buku bertajuk ‘Pilihan Raya Demokrasi di Malaysia’. - Gambar Alif Omar
Sultan Perak yang juga Canselor Universiti Malaya (UM), Sultan Nazrin Shah berbual dengan Ab Rashid dan G. Manimaran pada pelancaran buku bertajuk ‘Pilihan Raya Demokrasi di Malaysia’. - Gambar Alif Omar

Mengulas lanjut Ab Rashid berkata, langkah tersebut adalah cadangan pelbagai pihak yang disampaikan kepadanya, selepas bimbang dengan sambutan hambar pengundi pada tiga PRN baru-baru ini kerana ia boleh menjejaskan sistem demokrasi negara.

Ketika ditanya sama ada bersetuju dengan cadangan itu, Ab Rashid berkata, beliau memberi sokongan penuh jika pendekatan tersebut mampu menggalakkan pengundi menunaikan tanggungjawab berkenaan.

“Ia boleh dilaksanakan, namun memerlukan langkah undang-undang dan perbincangan secara terbuka oleh semua pihak berkepentingan.

“Jika kerajaan mahu peratus keluar mengundi tinggi pada pilihan raya akan datang, undi wajib perlu dilaksanakan, lagi pun banyak negara sudah mengamalkannya,” katanya.

Sementara itu, Manimaran yang juga ahli Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) berkata, beliau turut bersetuju dengan langkah terbabit, namun ia memerlukan kajian mendalam oleh semua pihak.

“Apa yang berlaku pada PRN sebelum ini amat membimbangkan kerana ia mungkin akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap sistem pilihan raya.

“Pada pendapat saya, tiada guna pendaftaran automatik dilaksanakan jika peratusan yang keluar mengundi semakin kurang saban tahun,” katanya. - Getaran, 21 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja