web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU15: KKM, SPR Bincang Protokol Selamat Untuk Pengundi Positif COVID

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 3:32PM

KKM dan SPR sedang memikirkan langkah terbaik untuk pengundi positif COVID-19 keluar menjalankan tanggungjawab kepada negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membangunkan protokol selamat untuk pengundi positif COVID-19 keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

“COVID-19 akan berada dengan kita. Kalau kita nafikan hak mereka (pengundi positif) untuk mengundi, kita nafikan hak berperlembagaan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Laporan Tahunan Clinical Research Malaysia (CRM) 2021 dan Laporan Projek Realisasi Fasa 1 (P1RP) di sini hari ini.

Pada hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Johor 12 Mac lepas, seorang pengundi dikenakan kompaun RM1,000 kerana hadir ke pusat mengundi walaupun masih dalam tempoh kuarantin selepas dijangkiti COVID-19.

Khairy berkata KKM dan SPR sedang memikirkan langkah terbaik untuk pengundi positif COVID-19 keluar menjalankan tanggungjawab kepada negara.

“Ada kata bagi mereka undi pos tetapi kalau dijangkiti COVID-19 sehari atau dua hari sebelum (hari mengundi) macam mana?

“Jika mereka ingin pergi mengundi pula, siapa yang akan bawa mereka, atau bawa mereka ke saluran mana. Adalah kita akan ada saluran khusus untuk pesakit COVID-19. Jadi perkara ni semua melibatkan masa sedikit,” katanya.

Khairy berkata kesihatan awam perlu dijadikan keutamaan penting apabila membincangkan soal PRU15 dan tarikh ia bakal diadakan.

“Kita perlu cari masa paling sesuai iaitu masa dan tempoh risiko paling rendah untuk adakan PRU15 kerana ia libatkan ramai orang keluar berkempen dan mengundi,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata isu pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 akan dibincangkan dalam kalangan lima pemimpin utama UMNO atau disebut “Top Five”, dan menurutnya jika UMNO yakin mampu menang, pilihan raya tidak akan dilengahkan walaupun sesaat.

Sementara itu Khairy berkata KKM sedang mengkaji kesan varian COVID-19 jenis Omicron BA.2 di negara ini. 

“Sekarang kita berdepan Omicron BA.2 dan bagaimana kesannya terhadap satu-satu kes dan kesan serius sedang dikaji supaya kita dapat buat satu rumusan ke arah menuju pandemik ,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad