web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sidang DUN Negeri Sembilan Ditangguhkan, Yang Dipertua, Timbalan Positif COVID

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 12:54PM

Persidangan pertama Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan yang ke-14 ditangguhkan selepas Yang Dipertua DUN dan Timbalan positif COVID-19. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Persidangan pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ke-14 ditangguhkan ke suatu tarikh baharu berikutan Yang Dipertua DUN Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan Datuk M. Ravi disahkan positif COVID-19.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beliau dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik telah menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi memaklumkan perkara itu serta mendapatkan perkenan penangguhan persidangan kali ini, pagi tadi.

Beliau berkata persidangan DUN negeri itu sepatutnya dijadual bermula hari ini hingga Khamis dimulakan  dengan acara perasmian pembukaan persidangan oleh Tuanku Muhriz.

“Selain kedua mereka (Zulkefly dan Ravi), terdapat 23 petugas termasuk ketua jabatan di negeri ini dijangkiti COVID-19. Penangguhan persidangan DUN ini pertama kali berlaku di negeri ini, disebabkan pandemik.

“Jika ikut peraturan, Yang Dipertua DUN sementara boleh dilantik tetapi memandangkan ramai petugas dewan dijangkiti COVID-19 jadi persidangan terpaksa ditangguhkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aminuddin berkata selain itu terdapat Rang Undang-Undang (RUU) Pemegangan Tanah Adat 2022 dan Penggubalan RUU akan dibentangkan pada persidangan kali ini dan memerlukan kehadiran Yang Dipertua DUN dan Timbalannya itu.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan bagi menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat untuk memastikan golongan orang kurang upaya itu dapat mengikuti perkembangan persidangan DUN kali ini. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad