web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DNB: MOF Akan Mulakan Sesi Rundingan, Penawaran Kepada Syarikat Telekomunikasi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 8:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kementerian Kewangan akan memulakan siri rundingan dan penawaran kepada semua syarikat telekomunikasi yang memegang ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa berkata proses rundingan tersebut dijangka siap sepenuhnya, pada Jun nanti.

“Kementerian Kewangan akan berurusan untuk mengeluarkan tawaran kepada semua syarikat yang mempunyai pengalaman menguruskan spektrum.

“Kalau tidak silap saya, ada tujuh atau sembilan syarikat yang pernah diberikan spektrum untuk menguruskan perkhidmatan telekomunikasi ini, jadi mereka ditawarkan untuk mula berunding dan mengambil saham pada harga yang diputuskan, dan kita harap mereka dpt menyegerakan rundingan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar Tingkatan Enam daripada Parlimen Ketereh sempena program 'Back To School', di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN), dengan membuka ruang untuk syarikat telekomunikasi memegang ekuiti dalam DNB.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa kerajaan yang kini memiliki 100 peratus ekuiti DNB akan menawarkan sehingga 70 peratus pegangan ekuiti DNB kepada syarikat telekomunikasi Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad