web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Boleh Ambil Dos Penggalak Selepas Sembuh Jangkitan COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 6:39PM

Individu yang dijangkiti COVID-19 selepas lengkap dua dos dirujuk sebagai ‘breakthrough infection’. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang dijangkiti COVID-19 selepas lengkap vaksinasi dos primer boleh mengambil dos penggalak sejurus sembuh daripada jangkitan.

Jurucakap Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) memaklumkan, pengambilan pelalian tersebut bagaimanapun tertakluk kepada konsultasi diberikan pegawai perubatan.

“Individu yang dijangkiti COVID-19 selepas lengkap dua dos dirujuk sebagai ‘breakthrough infection’.

“Boleh diberikan dos penggalak sejurus selepas sembuh daripada jangkitan dan konsultasi diberikan oleh pegawai perubatan,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook, hari ini.

Sebelum ini suntikan penggalak perlu diambil tiga bulan selepas pulih, terutama mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi satu ciapan di Twitter mendedahkan, kira-kira 7.5 juta atau 34.4 peratus golongan dewasa di negara ini masih belum mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 835,000 terdiri daripada warga emas manakala sebanyak 2.1 juta lagi membabitkan penerima vaksin primer Sinovac.

“Kumpulan ini akan kehilangan status lengkap vaksinasi pada 1 April jika tidak menerima booster. 

“Tempah janji temu di MySJ sekarang,” katanya.

Setakat semalam, kira-kira 15,465, 855 atau 65.7 peratus golongan dewasa sudah menerima dos penggalak.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 22, 942,386 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,218,179 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,254,236 atau 35.3 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,843,156 atau 91.4 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,941,807 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 34,970 dos diberikan semalam meliputi 16,078 dos pertama; 1,193 dos kedua dan 17,699 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,455,223. - Getaran, 20 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad